CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15631|Reply: 0

[Tempatan] Wanita rentung dalam bilik air

[Copy link]
Post time 6-2-2025 09:52 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Indonesia ditemukan rentung dalam satu kebakaran di Perumahan Awam Sri Terengganu, Jalan Sentul, di sini tengah malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 12.38 pagi.

“Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, BBP Titiwangsa serta BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kebakaran didapati berlaku di sebuah rumah jenis kekal, tingkat 10. Seterusnya api berjaya dikawal pada pukul 1.30 pagi,” katanya dalam kenyataan.



Ujarnya lagi, keluasan kebakaran adalah 450 kaki persegi dan telah terbakar sebanyak 90 peratus.

“Terdapat seorang mangsa wanita dijumpai di dalam bilik air dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mangsa seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 50-an. Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.045513 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list