CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6963|Reply: 0

[Sarawak] Banjir: Jumlah mangsa di Sarawak terus menurun setakat jam 8 pagi

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:56 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus menurun kepada 10,068 orang setakat jam 8 pagi ini.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), sebanyak 46 PPS banjir masih dibuka di 6 buah bahagian terjejas.

Enam bahagian masih terjejas banjir Serian, Samarahan, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri manakala tiga lagi bahagian iaitu Kuching, Betong dan Kapit masing-masing telah ditutup sepenuhnya PPS.

Bahagian Bintulu masih menempatkan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 4,901 orang di 8 buah PPS yang masih dibuka.

Manakala Bahagian Serian menempatkan mangsa banjir kedua tertinggi iaitu seramai 1,744 orang di 9 buah PPS yang masih dibuka.

Di Bahagian Miri masih terdapat seramai 1,391 mangsa banjir yang ditempatkan di 13 buah PPS manakala di Sibu masih terdapat seramai 1, 147 mangsa di 6 buah PPS.

Bahagian Samarahan juga masih mempunyai 6 buah PPS dibuka menempatkan seramai 743 mangsa manakala di Mukah, 4 buah PPS masih dibuka menempatkan seramai 142 mangsa.

Dalam pada itu sebuah PPS turut dibuka bagi mangsa kebakaran di Sibu yang menempatkan seramai 35 orang mangsa manakala PPS bagi tanah runtuh di Miri dan Bintulu masing-masing telah ditutup.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.044501 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list