View: 7432|Reply: 11
|
[Tempatan]
Kena Angkut Pakai Tangan Dua Orang, Hadiahkan Tong Gas 14KG Dekat Kawan!
[Copy link]
|
|
Menerusi video yang dikongsikan oleh Omar di TikTok kelihatan enam orang lelaki membawa pelbagai jenis hadiah untuk diberikan.
Dalam video itu kelihatan Omar memegang sepeket beras seberat sembilan kilogram, rakan di sebelah kanannya pula memegang dapur gas dan seterika seterus vaccum, periuk nasi elektrik dan juga tong gas baru seberat 14kg.
Gelagat kumpulan lelaki itu ternyata membuatkan pengantin lelaki terkejut serta tidak menyangka mereka akan datang dengan membawa hadiah tersebut.
Kelihatan pengantin lelaki hanya ketawa melihat gelagat rakan-rakan yang datang ke majlis perkahwinannya dengan membawa barangan keperluan itu.
Omar di ruangan kapsyen secara berseloroh berkata awalnya pengantin lelaki meminta rim kereta bersaiz 16 inci namun apa yang diterima sebagai hadiah kahwin adalah sebaliknya iaitu gas seberat 14kg.
Dalam beberapa lagi video dikongsikan oleh Omar kelihatan tindakan memberikan hadiah barangan keperluan kepada rakan yang baru membina rumah tangga memang sering dilakukannya.
Malah dalam video itu kelihatan dia dan kawan-kawan menghadiahkan pelbagai jenis serbuk perasa, mesin basuh dan banyak lagi.
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji kumpulan sahabat itu kerana memberikan hadiah yang berguna untuk pasangan pengantin.
Malah ada juga menyifatkan tong gas baru mahal dan Omar memaklumkan tong yang dibelinya itu bernilai RM127.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah menerima hadiah begitu sewaktu majlis perkahwinan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ko bagi duit je lah, gigih angkut bazir tenaga |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih berberat2, bagi brg ringan spt kondom ka pisau ka gunting potong ayam ka |
|
|
|
|
|
|
|
Altheas replied at 3-2-2025 02:11 PM
Ko bagi duit je lah, gigih angkut bazir tenaga
Bagi duit, tak dapat lah viral di alam media sosial satu dunia chuols. Sekarang kan musim viral, semua benda kalau boleh viralkan, kenapa tidak khen. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah tu.
Berat2 pun pandai2 la nak angkat sendirik. |
|
|
|
|
|
|
|
tak fun la.. bagi duit ramai yg bagi...
tapi ni kawan2 rapat pengantin.. sure dorang nak something memorable..
budak2 lelaki.. akal macam2 nak kenakan member..
ini mujur dibagi barang2 elok berguna..
dari bagi yg bukan2. baju tido seksi bagai.. buat malu pengantin je..
something memorable.
sampai sekarang aku ingat.. senior aku bagi hadiah lesung batu. sampai sekarang dah lebih 20 tahun usia lesung tu.. masih aku guna and aku ingat siapa yg bagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 4-2-2025 11:24 AM
tak fun la.. bagi duit ramai yg bagi...
tapi ni kawan2 rapat pengantin.. sure dorang nak somethin ...
Periuk, lesung ke ok, mmg pakai sampai habis
ini tong gas nak refill tuko tong lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|