![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250203/kks-ub030225-ysh-impiancny1.jpeg)
KENANGAN: Para kepimpinan Parti Impian Sabah merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.
SANDAKAN: Tradisi makan besar sempena Tahun Baharu Cina perlu diteruskan sehingga generasi seterusnya.
Presiden Parti Impian Sabah, Michel Alok berkata, tradisi sedemikian adalah sebagai penghormatan kepada generasi terdahulu dan yang penting ia menyatupadukan keluarga.
Baru-baru ini, Parti Impian Sabah turut mengadakan majlis Tahun Baharu Cina 2025 bersama dengan pemimpin cawangan parti serta para penyokong.
"Ia menjadi lambang penyatuan dan seharusnya menjadi perjuangan parti ini, kerana kita semua adalah keluarga tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.
"Disebalik kepesatan teknologi pada hari ini, amalan menyemarakkan rasa kasih sayang dan keharmonian keluarga boleh diamalkan dalam sesebuah organisasi ataupun parti politik," katanya ketika Majlis Makan Malam Parti Impian Sabah sempena Tahun Baharu Cina 2025, di sini baru-baru ini.
Hadir sama dalam majlis itu ialah 12 Ketua Cawangan Cina dan dua cawangan baharu. Sejumlah 320 borang keahlian baharu juga disampaikan kepada Michel.
Hadir sama Naib Presiden Parti Impian Sabah, Jeffery Chung serta kepimpinan parti yang lain.
|