JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan berpuluh-puluh ikan keli muncul secara tiba-tiba di sebuah rumah yang ditenggelami banjir di Indonesia, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku di daerah Kalideres, Jakarta Barat baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @info_kalideres menunjukkan ikan-ikan itu berenang dengan santai di bahagian ruang tamu dan bilik tidur.
Ikan-ikan tersebut terdiri daripada saiz kecil hingga besar.
Rakaman itu mencatatkan lebih 658,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Definisi rezeki bukan sahaja melibatkan duit tetapi lauk untuk sekeluarga,” kata seorang netizen.
“Ini bukan banjir tetapi ternak ikan keli dalam rumah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
|