CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9646|Reply: 0

[Sarawak] Pemberian bantuan atas budi bicara JPBNS

[Copy link]
Post time 3-2-2025 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Pemberian bantuan kepada mangsa tidak berpindah ke PPS atas budi bicara JPBNS kawasan masing-masing



Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediaman Kaunselor Raymond Tiong petang tadi.

SIBU: Pemberian bantuan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah atas budi bicara Jawatakuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di peringkat kawasan masing-masing.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, setiap bahagian mempunyai residen untuk menilai keadaan dan keputusan muktamad akan dibuat oleh Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Ya, memang peruntukan yang diberi untuk membantu mereka yang berpindah dari rumah dan saya telah menambah peruntukan, di mana saya telah mengumumkan RM10 juta kepada JPBNS.

“Kalau mereka di rumah panjang terjejas banjir tapi mereka tidak berpindah sebab rumah panjang itu bertiang.

“Kita serah kepada pihak pentadbiran di bahagiannya iaitu residen untuk menilai dan ia akan diputuskan oleh Uggah selaku pengerusi JBPNS, ini semuanya atas budi bicara.

“Kalau mereka tidak begitu terjejas, jadi kita berilah keutamaan kepada keluarga yang benar-benar terjejas.

“Di mana banyak harta benda mereka hilang atau tidak dapat dipakai lagi, ini kita serah kepada sekretariat.

“Tetapi sebagaimana saya umumkan semalam, kalau peruntukan yang saya tambah RM10 juta tidak mencukupi, kita melihat pandangan daripada JPBNS dan akan kita bincangkan dalam Kabinet Sarawak untuk membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediaman Kaunselor Raymond Tiong, di sini petang tadi.

Katanya, kejadian banjir di Sibu adalah tidak seteruk seperti yang berlaku di Bintulu dan Miri.

“Ya, saya nampak bahawa Sibu lebih baik daripada Bintulu dan Miri. Selalunya musim banjir ini Sibu yang terjejas, tapi kali ni nampaknya ada banjir tapi tidak seteruk di Miri dan Bintulu,” ujarnya.

Abang Johari memberitahu, Kerajaan Sarawak akan membaiki jalan-jalan di Sibu termasuk jalan baharu di Sibu Jaya ke Jalan Lanang (Jalan Kong Yit Khim).

“Dan nampaknya disebabkan jalan baharu ini, Jalan Salim mengalami kesesakkan lalu lintas. Jadi kita akan melihat semula jalan-jalan baharu yang kita bina di Sibu ini,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.053096 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list