CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17002|Reply: 2

[Tempatan] Jari kaki Guan Eng cedera tersepak bucu katil.Apa yaang berlaku?

[Copy link]
Post time 30-1-2025 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 30-1-2025 11:24 PM

GEORGETOWN: Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng selamat menjalani prosedur rawatan di Hospital Penang Island, di sini, hari ini selepas mengalami kecederaan pada jari kakinya akibat tersepak hujung katil, pagi tadi.





Bekas Menteri Kewangan yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerusi hantaran di laman Fecebook berkata, jari kaki keempatnya terkehel daripada kedudukan asal akibat insiden itu.

"Selesai menjalani prosedur 'local anaesthetic' (bius setempat) untuk memperbetulkan jari kaki keempat saya yang terkehel (dislocated) susulan terlanggar di hujung katil pagi tadi.

"Syukur kepada Tuhan kerana keluarga saya menggesa supaya saya mendapatkan rawatan segera," tulisnya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Disyorkan

Guan Eng turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan beliau terbaring di katil hospital serta imbasan X-ray jari kakinya yang tercedera dalam hantaran berkenaan.

Beliau juga berterima kasih kepada Pakar Ortopedik Hospital Penang Island, Datuk Dr Oh Kim Soon yang sudi merawatnya meskipun ketika sedang bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Setakat ini, hantaran ahli politik berusia 63 tahun itu menerima lebih 8,700 reaksi, lebih 2,000 komen dan dikongsi lebih 109 pelayar Facebook yang rata-ratanya mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Mereka termasuklah Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Ramkarpal Singh.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/...epak-bucu-katil
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 4 Users voted View Voters
28.57% (2)
28.57% (2)
14.29% (1)
0.00% (0)
0.00% (0)
28.57% (2)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah seorang ahli team baik
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru happy dpt duit dri mastura hrtu,, dah cedera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.038923 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list