View: 20209|Reply: 3
|
[Tempatan]
Gila punya manusia- Baru kematian suami, warga emas parah dibelasah lelaki dikenali
[Copy link]
|
|
Tidak berperikemanusiaan!
Itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan tindakan individu yang menyerang dan memukul seorang wanita warga emas sehingga mangsa cedera parah dan terlantar di hospital.
Kisah malang warga emas itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi akaun Facebook miliknya, Anie Rahani, pada Rabu.
Menerusi hantaran berkenaan, dia meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki pelaku yang melarikan diri selepas menyerang mangsa, yang merupakan nenek saudaranya dan menetap di Kampung Pasir Tuntung, Bukit Rotan.
"Minta jasa baik semua orang. Siapa jumpa mamat ni sila bawa dia ke Balai Polis Kuala Selangor. Dia dah pecah masuk rumah nenek saudara, lepas tu dipukul separuh mati orang tua tu.
"Sekarang nenek ada di Hospital Tanjong Karang. Mata kiri kanan bengkak, mulut pecah, lidah berjahit, kepala berbalut. Perangai langsung tak ada berperikemanusiaan langsung.
"Nenek tu baru je kehilangan suami tak sampai sebulan lagi, kau dah buat macam tu. Gila punya manusia," tulisnya.
Menurut wanita berkenaan, laporan polis sudah dibuat mengenai kejadian itu oleh pihaknya.
Tambahnya, pelaku dipercayai jiran kepada nenek saudaranya dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh mangsa.
"Mangsa masih hidup dan boleh bercakap... Pelakunya jiran mangsa," tulisnya.
Dalam hantaran berkenaan, dia turut memuat naik sekeping gambar memaparkan keadaan nenek saudaranya dan juga gambar lelaki dipercayai pelaku.
Hantaran berkenaan menjadi tular di Facebook dan meraih lebih 1,000 perkongsian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Azaharudin Tajudin mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan mangsa wanita warga emas berumur 73 tahun, pada Selasa.
"Siasatan awal mendapati suspek merupakan lelaki Melayu berumur 34 tahun yang juga tinggal berhampiran dengan rumah mangsa.
"Semasa kejadian, mangsa yang tinggal seorang diri di rumah telah didatangi suspek yang masuk melalui pintu terbuka lalu terus menerkam dan menumbuk mangsa.
"Semasa pergelutan berlaku, mangsa berjaya menjerit dan meminta bantuan menyebabkan suspek terus keluar rumah dan melarikan diri," katanya.
Menurutnya, mangsa meminta bantuan jiran dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 447/323 Kanun Keseksaan.
Beliau turut yang meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Penagih atau ada dendam lama? |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu kalau jenis takde kesian2 ni penagih |
|
|
|
|
|
|
| |
|