View: 10205|Reply: 10
|
[Jenayah]
Isu Tidak Halal Di Satu Cawangan, Mixue Memohon Pelaksanaan Proses Sertu Mengikut Hukum Syarak!
[Copy link]
|
|
MIXUE Malaysia Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan isu yang timbul berkaitan status halal di salah satu cawangan mereka.
Menurut kenyataan tersebut, insiden itu berpunca daripada penggunaan plastik sampah yang dibeli melalui platform dalam talian.
Plastik tersebut didapati mempunyai label bertulisan yang tidak sesuai dan berpotensi menimbulkan keraguan dalam kalangan pelanggan.
"Walaupun plastik ini hanya digunakan sebagai pembungkusan sampah dan tidak berkait langsung dengan penyediaan makanan, kami memandang serius perkara ini," maklum MIXUE Malaysia.
Justeru, sebagai langkah bertanggungjawab, syarikat itu telah mengambil beberapa tindakan segera untuk menangani isu berkenaan.
Antaranya, memohon pelaksanaan proses sertu (pembersihan mengikut hukum syarak) di cawangan terlibat bagi memastikan kebersihan dan pematuhan penuh terhadap standard halal.
Selain itu, mereka turut menghentikan penggunaan plastik tersebut serta mengkaji semula prosedur pembelian untuk memastikan perkara ini tidak berulang.
Dalam pada itu, MIXUE Malaysia turut menegaskan bahawa semua bahan mentah yang digunakan dalam penyediaan produk mereka adalah daripada sumber yang halal dan mempunyai sijil halal yang sah.
"Kami kekal komited untuk memastikan kebersihan, kualiti dan pematuhan halal di semua cawangan kami.
"Kami sekali lagi memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas sokongan serta kepercayaan berterusan anda," maklum MIXUE Malaysia lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa masalahnya ni? x paham.apa dosa plastik sampah tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Plastic sampah apa ni sampai menimbulkan keraguan???? Dari segi apa yg tak menepati hukum syarak ni? Proses pembuatan plastik? Proses pembungkusan? Guna logo babi? Lokasi kilang dlm kandang babi? Atau pengilang menggunakan babi sebagai pekerja?
Tolong lukisss.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku balik kmpg, anak aku nmpk signboard mixue siap nyanyi lagu lgi, bru 4tahun, hebat penangan iklan dia ini
Tempat aku ada ai cha dan tealive jer |
|
|
|
|
|
|
|
I is x paham
ape yang x sesuai kat plastik sampah tu?
Muke TT ade kt situ ke |
|
|
|
|
|
|
|
Plastik sampah dibuat dari kulit barbie ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Plastik sampah dijilat babi?
|
|
|
|
|
|
|
|
aiyo.. cer cite penuh2
jgn buat org tanya2 kes plastik sampah
tahapehape |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 30-1-2025 08:49 PM
Aku balik kmpg, anak aku nmpk signboard mixue siap nyanyi lagu lgi, bru 4tahun, hebat penangan iklan ...
Aku suka ice cream aicha lagi sebab mixue kuat bau susu tepung |
|
|
|
|
|
|
| |
|