View: 9858|Reply: 9
|
[Tempatan]
Isteri hamil bengang suami merokok, tak peduli anak dalam kandungan
[Copy link]
|
|
Merokok dekat dengan wanita hamil bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan ibu tetapi bayi dalam kandungan.
Apabila terdedah kepada asap rokok, ibu dan bayi dalam kandungan secara langsung dan tidak langsung menjadi perokok kedua melalui asap yang dilepaskan, sebelum melekat di pakaian dan barangan lain.
Seorang wanita hamil berkongsi posting meluahkan rasa marah terhadap tindakan suaminya yang tidak mahu berhenti merokok.
Bukan hanya enggan berhenti, sikap suami yang ambil mudah soal kebersihan diri selepas merokok juga membuatkan dia lebih bimbang memikirkan kesihatan bayi dikandung.
“Bantal tidur bau asap rokok, kalau anak mati, aku cari kau (suami) dulu.
“Masuk 10 kali aku pesan berhenti merokok, tapi satu kotak kau habiskan sehari. Kau sabar sekejap, satu persatu aku cerita kat ibu kau balik Ipoh nanti.
“Sudahlah hari tu kau gosok baju tak tutup seterika dari pagi sampai petang. Tunggu rumah bapa mentua terbakar ke macam mana? Bukan sekali, tapi berulang kali,” dia meluahkan rasa geram terhadap suami.
Wanita ini mendakwa, sebelum berkahwin suaminya tidak merokok tetapi menghisap vape.
Bagaimanapun, suaminya mula menunjukkan belang beberapa bulan selepas berkahwin malah berubah sikap apabila mengetahui dirinya hamil.
“Aku masih boleh terima dia (suami) vaping sebab bau tak melekat. Bila dia (suami) mula merokok, balik rumah tak mandi terus baring atas katil tu buat aku marah.
“Makin larang, makin teruk. Sebab dia spesis monyet liar degil. Doktor dah beritahu jangan smoke depan bini.
“Dia (suami) masuk telinga, tapi tetap vaping hembus kat muka bini (isteri). Ambil la suami saya ni tolong hantar neraka jahannam. Penat bela dah!” katanya lagi.
Menurut wanita ini, dalam tempoh setahun perkahwinan dia kerap menggertak untuk bercerai kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu.
“Bukan setakat marah, pulas telinga pun dah kena, lempang pun dah, gertak cerai banyak kali. Jenis degil tak jadi apa.
“Tak tahu sampai bila kena hadap. Bila saya tertekan dengan perangai dia, saya akan menangis sebelah dia (suami) tapi dia (suami) buat tak tahu atau tak tanya sebab menangis.
“Dia (suami) takut dengan ibu saya, setiap kali saya mengadu dia (suami) akan tegur saya. Ibu saya gemar ‘tazkirah’ panjang berjela,” ujarnya.
Perkongsian wanita ini mendapat perhatian netizen dengan ada jyang menyarankan beberapa kaedah untuk suaminya berhenti merokok.
"Semoha urusan awak dipermudahkan. Apabila wanita nak cari calon suami tak merokok, dikatakan memilih.
“Aku sebagai lelaki memang pantang tengok lelaki hisap rokok bau rokok pegang anak. Macam tak ada otak.
“Suruh dia bersukan, pasti kurang hisap rokok.
“Masa bercinta dulu tahu pun lelaki dia macam tu tapi nak juga kan?
“Tapi kenapa tak terus marah yang awak sebut tu?" demikian antara komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ade nampak kat fesbuk tadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perokok ni dah terpenjara dalam tabiat dan tuntutan fisiologi nya. Jangan berharap dia akan dapat keluar dengan mudah. Ada, tapi tak banyak.
Ko yang kawin dengan dia, bersedialah untuk terima seadanya. Or... sama2 jadi perokok dan jangan ada anak.
|
|
|
|
|
|
|
|
perokok ni dia ada 2 kasta
satu perokok yg ada kesedaran sivik
dan satu lagi perokok yang level education rendah
biasanya yg jenis low educated ni memang tak peduli dah kesihatan org lain di sekeliling dia |
|
|
|
|
|
|
|
bodohnyalah .. ingatkan nak meluah perasaan shj, rupanya sampai level buka aib keluarga sendiri, sampai karakter singa pun ada terkeluar sama..
kan ada option untuk apa nak buat.. bincang setakat mana boleh capai toleransi, tak boleh jugak cerai.. tak ada guna perkawinan yang tak membahagiakan
satu perkara disini, fikiran nak ubah laki lepas kawin adalah kesilapan besar.. sgt jaranglah boleh berlaku, nak buat jg kena berperang.. klu dua2 keras kepala spt kes di atas, perkawinan mmg tergadai..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak mengapa, jika anak asma cacat sesak nafas kanser semua boleh salahkan bini yg pakai mekap merkuri |
|
|
|
|
|
|
|
suami yang layak dikembirikan,,,,,,xlayak membiak,,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
hidup ini pilihan, masa awal2 kenapa lah terima y vaping.. vaping ni lebih kurang sama je dengan habit smoking. Dah dapat memang tunjuk semua true colour la. X dapat nak selindung lagi.. dah duduk 1 rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup andartu! |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau before kahwin merokok
kenapa kahwin juga?
lepas kahwin merempan tak tahan
tak faham lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|