CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9498|Reply: 0

[Sarawak] Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam

[Copy link]
Post time 29-1-2025 07:44 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau memasuki hari keenam operasinya dan kekal sebagai satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Sarawak.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Januari lalu, selepas kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput dilanda banjir.

Sementara itu, tujuh lokasi pemantauan di daerah Sebauh, yang bersebelahan Tatau, turut merekodkan peningkatan paras air dan sedang dipantau oleh jawatankuasa berkenaan.

Di samping itu, 10 lokasi di Matu dan empat lokasi di Kuching juga mencatatkan kenaikan paras air.

Empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran yang masing-masingnya terletak di Giam Pasang B di Kapit, Long Teru,  Marudi dan Nanga Lemai B di Sibu pula mencatatkan paras air melebihi tahap bahaya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.067698 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list