View: 4382|Reply: 11
|
Jojo Ghazali idam lunas dendam kekalahan - “Insya-Allah sudah tentu saya mahukan pertarungan semula dengan Estupinan"
[Copy link]
|
|
SEPANG – Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memasang impian untuk sekali lagi bersemuka dengan petarung Colombia, Johan Estupinan pada pertarungan ONE Championship akan datang.
Petarung berusia 19 tahun itu berkata, dia sudah belajar sesuatu daripada kekalahan itu dan sedia mengubah corak pertarungan yang mampu membantunya untuk menewaskan setiap lawan pada masa hadapan.
Justeru, Johan yang lebih mesra dengan panggilan Jojo itu meramalkan pertarungan antara dia dan Estupinan akan berlaku sekali lagi tahun ini, namun menganggap seelok-eloknya pada penghujung 2025.
“Insya-Allah sudah tentu saya mahukan pertarungan semula dengan Estupinan tetapi belum ada apa-apa pengesahan. Tidak ada masalah untuk bertarung dengan Estupinan tetapi rasanya lebih baik hujung tahun ini.
“Pertarungan akan datang memang saya akan ubah strategi serta perancangan. Kalau dari aspek fizikal dan mental, memang sudah bersedia tetapi inilah sukan muay thai, ada menang dan kalah,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.
Pada pertarungan ONE Championship 170 di Impact Arena, Bangkok, Thailand kelmarin, Johan terpaksa akur tewas kepada Estupinan menerusi keputusan sebulat suara walaupun sudah memberikan tentangan sengit.
Sementara itu, Johan yang bernaung di bawah Rentap Muay Thai Gym turut menjelaskan, dia sedia untuk mempraktikkan teknik bertarung Estupinan bagi meningkatkan lagi kualiti pertarungannya.
“Gaya pertarungannya (Estupinan) sukar dibaca kerana berbeza daripada petarung-petarung yang pernah saya jumpa. Memang boleh dibawa teknik itu untuk pertarungan akan datang,” ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah kalah point..Tu pon x jauh beza..Tok guru dia Superbon kalah by TKO |
|
|
|
|
|
|
|
Pertarungan yg menarik drp kedua duanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
sampai berdarah2 mukanya. risau tengok. kot tetiba pengsan. tapi memang nampak budak nau muka dia ni. muda sangat lagi. banyak masa lagi boleh improve. semoga berjaya in future |
|
|
|
|
|
|
|
aduh sedihnya tengok muka dia..lebam kat mata..dahi macam ada luka2...idokla i olls nk bg org tersayang belajar sukan2 gini...tgk mcm ni pon xsampai hati..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
muka diorang berdua nak iras sama iols perasan, since iols folo ig superbon, sebab helok kotla ada bau2 kentut ke kan
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 27-1-2025 02:48 PM
muka diorang berdua nak iras sama iols perasan, since iols folo ig superbon, sebab helok kot ...
Haah..Boleh jd adik beradik
Dua2 kalah pon comel je
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Takpa. Ko kalah dengan lawan yang hado rekod menang 26-0 (kan tak silap kan?) dek. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Seram takut acik kene belaseh pulek |
|
|
|
|
|
|
|
tah berapa la insuran dia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
buat apa nak lunaskan dendam....tak baik berdendam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|