View: 7836|Reply: 8
|
[Tempatan]
Sediakan Dokumen Sendiri, Pengusaha Keropok Lekor Berusaha Dapatkan Sijil Halal!
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi rasa kagumnya terhadap usaha ditunjukkan pasangan pengusaha kecil yang menjual makanan di Rembau, Negeri Sembilan.
Menerusi carousel yang dikongsikan oleh Afie di TikTok, awalnya kelihatan dia berkunjung ke sebuah kedai menjual keropok lekor sebelum ke tempat kerja.
Namun ketika menanti keropok lekor yang dipesannya dia terlihat satu kertas yang ditampal di hadapan kedai. Apabila pergi mendekatinya dia berasa kagum apabila gerai kecil itu mempunyai sijil halal.
“Saya macam tak kan lah (mungkin bukan kepunyaan pengusaha itu). Mungkin HQ (ibu pejabat) punya kot, banyak jenama besar pun tak ada sijil halal.
“Tapi apa yang penting sedap, saya makan RM5 (nilai keropok lekor yang dibeli) seorang tanpa sedar. Sos pun sedap.
“Tak puas hati, saya tengok dekat-dekat (sijil halal). Ya, memang dia orang (penguasa) punya sijil halal. Rujuk nama perniagaan dan alamat,” katanya.
Afie turut bertanya kepada pemilik gerai mengenai sijil halal tersebut Jelas pengusaha kedai keropok lekor itu mereka baru sahaja mendapatkan sijil berkenaan sekitar November 2024 yang lalu.
Katanya pengusaha lelaki itu dia dan isteri yang menyedikan setiap dokumen, audit serta pemeriksaan seperti yang diperlukan untuk mendapatkan sijil berkenaan.
“A’ah saya dengan isteri. Audit pertama adalah yang perlu dibetulkan itu dan ini. Kami ikutlah selepas itu,” jelasnya.
Menurut Afie dia pernah mendengar proses untuk mendapatkan sijil halal bukanlah mudah dan banyak perkara yang perlu dilihat secara teliti. Namun pasangan pengusaha itu berjaya melakukannya.
“Tapi dia orang berjaya, power major respect!.
“Apakah alasan jenama besar yang boleh mengupah pegawai halal untuk membuat permohonan sijil halal untuk mereka.
“Abang ni cerita kerajaan Negeri Sembilan kot ada buat program ‘Halal Cottage’. Dia apply dapat geran bantuan untuk sijil halal.
“Majlis Agama (Negeri Sembilan) ada buat seminari dan kelas online jadi dia orang ajar usahawan kecil. Untuk memohon sijil halal, dokumentas sehinggalah penghantaran (submission).”
Pengusaha itu turut memaklumkan selepas memiliki sijil halal mereka lebih mudah mendapat bantuan daripada kerajaan dan terdapat agensi yang sudah menyedari kewujudan perniagaan yang dilakukannya.
Tambah pengusaha itu lagi sebelum ini dia ingin memasukkan produknya ke kedai sejuk beku di pasar raya. Namun kebanyakannya meletakkan syarat produk perlu memiliki sijil halal.
“Harap abang dan isterinya dapat tembus pasaran yang lebih luas. Semoga ada rezeki untuk anak kecil yang sentiasa ada teman ibu ayah buat keropok lekor ni.
“Power lah hebat pengusaha yang macam ni. Abang ni cakap dia belajar tak tinggi tapi mentaliti dia jauh kehadapan. Dia nampak peluang perniagaan, isteri dia pun hebat,” puji Afie.
Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan usaha pengusaha itu dalam menaikkan perniagaannya apabila membuat permohonan sijil halal.
Malah ada yang mengakui permohonan sijil itu bukan mudah dan melalui pelbagai prosedur.
Ada juga yang mengatakan permohonan sijil halal sebenarnya tidak susah sekiranya mengetahui cara dan langkah yang betul.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ini menjadi inspirasi kepada pengusaha muslim lain. |
|
|
|
|
|
|
|
i terntanya tanya cemne uncle roger boleh dapat sijil halal dengan cepat. i pun tengah nak apply halal cert ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak apply halal cert ni kena buat dokumentasi apa je?
Sama ke mcm nk apply sirimnya standard? haha..
aku involve dlm proses nk apply sirim standard ISO.. jadi lambat n leceh sbb company takde dokumen lengkap.. banyak benda tak didokumenkan.
So assuming for Halal cert.. kalau proses pembuatan n fasiliti semua dah ok dari peringkat awal.. tak banyak benda yg perlu diperbetulkan.. hanya bergantung pada slot masa auditing je la kot yg tentukan cepat or lambat dapat sijil tu
|
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 27-1-2025 01:46 PM
Nak apply halal cert ni kena buat dokumentasi apa je?
Sama ke mcm nk apply sirimnya standard? haha ...
Search je kat fb n Google berlambak info boleh dapat.. Ada company yg mmg buat training for halal cert.. Jais ke mais aku ada nampak haritu.. Diorang pun ada buat kursus.. Pergi join ekspo2 ekonomi macam kerajaan selangor selalu buat tu banyak betul booth halal training.. Aku mula perasan halal industry ni memang besar betul potensi dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|