CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16045|Reply: 11

Jangan anggap orang Sabah `palui', pesan Hajiji kepada pemimpin pembangkang dari Semenanjung

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:20 AM | Show all posts |Read mode






KENINGAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menempelak sikap pemimpin pembangkang dari Semenanjung yang menganggap pemimpin dan rakyat negeri ini sebagai 'palui' yang bermaksud bodoh ketika datang berceramah di sini.


Menurutnya, perbuatan itu adalah satu penghinaan kepada pemimpin dan rakyat Sabah yang sentiasa berpegang kepada amalan berpolitik secara sopan serta mementingkan keharmonian.


Katanya, pemimpin yang bersikap seperti itu tidak wajar datang ke Sabah kerana budaya berpolitik di Semenanjung yang dibawa mereka tidak sesuai dengan budaya politik diamalkan di negeri ini.


"Banyak (ramai) pemimpin dari seberang datang. Saya beritahu mereka, kalau datang mesti sopan santun. Jangan bawa perangai dari sana ke Sabah yang harmoni dan aman damai ini.


"Saya mahu beritahu (Datuk Seri) Hamzah Zainudin (Timbalan Presiden BERSATU) jangan hina orang Sabah, jangan hina pemimpin Sabah," katanya ketika berucap pada Program Jelajah Sayangi Sabah Zon 6 di Dataran Keningau, di sini, hari ini.


Program anjuran Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Zon 6 Keningau itu dihadiri kira-kira 10,000 rakyat dan penyokong GRS dari sekitar Keningau dan daerah berhampiran.


Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri I yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Timbalan Ketua Menteri II yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam.


Antara pemimpin GRS lain yang turut hadir ialah Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman.


Hajiji merujuk kepada ucapan Hamzah yang menyebut pemimpin dan rakyat Sabah sebagai 'palui' ketika berucap dalam satu program PN di Sepanggar, baru-baru ini.


Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata Sabah tidak memerlukan pemimpin bersikap seperti itu dan mereka tidak sewajarnya datang ke negeri ini untuk membawa budaya berpolitik dari Semenanjung.


"Kita tidak mahu pemimpin seumpama ini. Walaupun kita meraikan demokrasi, tapi budaya orang Sabah lain dengan sebelah sana (Semenanjung). Kalau sana maki hamun, makilah kamu, tapi jangan bawa ke Sabah," katanya.


Sehubungan itu, Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat menggesa rakyat berbilang etnik, kepercayaan dan keturunan di negeri ini supaya bersatu hati menjaga keharmonian dan menyokong GRS yang menggabungkan lapan parti tempatan demi kebaikan Sabah.


"Kerana itulah saya ingin merayu kepada rakyat kita yang berbilang kaum dan kepercayaan ini, marilah kita bersatu hati dan sokonglah GRS yang terdiri daripada parti tempatan kita," katanya.


Hajiji yakin gabungan itu mampu memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang tidak lama lagi kerana menyifatkan lapan parti tempatan yang bersama GRS cukup mantap untuk berdepan saingan lawan.


"Kalau lapan parti sudah bergabung ini, saya tidak percaya kita boleh kalah pada PRN nanti, tidak mungkin. Dengan kejayaan dan pencapaian kita empat tahun ini tidak mungkin kita gagal pada PRN ini.


"Apa yang penting kita bersatu hati, walaupun berlainan pandangan, kita raikan, kita hormati. Tapi bila buat keputusan, kita satu hati kerana itulah yang akan membawa kejayaan kepada kita pada PRN akan datang," katanya.


Beliau juga mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan di media sosial mengenai pelbagai dakwaan buruk terhadap GRS dan kerajaan negeri sekarang.


Katanya, GRS mempunyai rekod pentadbiran yang baik berdasarkan pelbagai kejayaan dicapai lebih empat tahun memerintah dan wajar diberi mandat semula bagi meneruskan agenda pembangunan yang dirancang menerusi hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bermula 2026 hingga 2030.




Sumber : - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2025 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabah harmoni??
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
GRS pernah berzina dengan PAS dan Bersatu tak???

Gabungan Parti Sarawak pun pernah jadi pelacur politik kan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 10:19 AM | Show all posts
budaya politik sabah macam mana?
sakau2 lepas tu jadi tyt ka?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 10:41 AM | Show all posts
hajiji delulu kahhh???

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakau sampai kenyang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2025 02:52 PM | Show all posts
So all these 4 years ni apa yg ko bagi pd rakyat Sabah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 04:01 PM | Show all posts
harmoni dan aman hahahaha purasan sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2025 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Musa is our TYT. How more palui can we get? Bikin malu orang negeri. Bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi pasal GRS tu, hada betulnya. Recently Yayasan Sabah tetiba hada duit balik sampai mampo bagi bantuan persekolahan kat suma pelajar SK tanpa kira pendapatan (sorang murid dapat 1 kasut, sepasang uniform, sebundle buku dan sekotak pensil). Ni dulu zaman 90an ja ada. Sekarang meka buat semula. Harap dapat sambung juga projek susu yang PBS buat dulu2 tu where everyday bebudak SK dapat sekotak/seplastik (masa belum ada kotak so susu letak dalam plastik) susu dari Desa Dairy Farm Kundasang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw PRN nanti deol menang juga ni.

Meols takkan kuar mengundi. Dah tau result.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 08:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054772 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list