CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6701|Reply: 10

[Dunia] Lebih 100 atlet pulang pingat berkarat Olimpik Paris

[Copy link]
Post time 15-1-2025 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Berita Harian
Januari 14, 2025 @ 1:54pm


Atlet-atlet memuat naik keadaan terkini pingat yang dimenangi mereka ketika Olimpik Paris 2024.


PARIS: Lebih 100 atlet memulangkan pingat Olimpik mereka selepas hanya lima bulan temasya Paris 2024 kerana ia rosak dan berkarat.

Kebimbangan terhadap kualiti pingat Olimpik Paris bermula selepas atlet papan selaju Amerika Syarikat, Nyjah Huston menunjukkan keadaan terkini pingat gangsanya.

Beberapa atlet lain kemudian berkongsi gambar terbaru pingat mereka, termasuk atlet Amerika Syarikat lain - Nick Itkin dan Ilona Maher.

Dua Olimpian Perancis, Clement Secchi dan Yohann Ndoye-Brouard turut mendedahkan keadaan pingat gangsa yang dimenangi mereka dalam acara olahraga.

Menurut laporan media Perancis, jumlah atlet yang memulangkan pingat kepada penganjur Olimpik Paris kini melepasi angka 100.

Media berkenaan turut melaporkan, syarikat yang menguruskan penghasilan pingat - Monnaie de Paris juga sudah dipecat kerana isu terbabit.

Huston berkongsi gambar pingatnya hanya selepas 10 hari dia memenanginya tahun lalu. Dia berkata: "Pingat ini kelihatan hebat ketika masih baharu, tetapi selepas terkena sedikit peluh dan membiarkan kawan-kawan saya memakainya sepanjang hujung minggu, ia tidak berkualiti tinggi seperti yang anda jangkakan.

"Ia nampak kasar, termasuk di bahagian depan. Ada yang sudah tertanggal. Pingat Olimpik, anda perlu menaikkan kualitinya."

Penerjun British, Yasmin Harper juga mendedahkan pingatnya mula rosak selepas beberapa minggu.

Pingat Olimpik Paris direka oleh pakar barangan kemas Perancis, Chaumet dan ditempa dengan sisa besi daripada Menara Eiffel ketika pengubahsuaian di abad ke-20. - AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ditempa dgn sisa besi????
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 02:27 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 15-1-2025 02:29 PM

pure gold mana boleh berkarat.
kena scam

mati2 kejar pingat medal olympic,
akhir nya dapat besi buruk
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai besi buruk Eiffel mmg le berkarat then celup emas tiruan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 03:16 PM | Show all posts
Inilah puncanya


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Olimpik paling busuk...pingat pun hauk. Ini la negara barat maju yg diagungkan oleh puak liberal LGBT n sekutu zionis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2025 05:20 PM | Show all posts
https://iluminasi.com/bm/adakah-pingat-emas-sukan-olimpik-emas-tulen.html

Semua pingat perlu mempunyai diameter di antara 70 mm minima hingga 120 mm maksima, dengan ketebalan di antara 3 mm sehingga 10 mm. Pingat emas haruslah mempunyai berat di antara 450 gram ke 800 gram.

Syarat ini menyebabkan pingat emas biasanya merupakan pingat paling berat dan gangsa yang paling ringan.

Untuk bahan-bahannya pula, IOC menetapkan bahawa pingat gangsa diperbuat daripada campuran 95% tembaga dan 5% zink. Pingat perak pula dibentuk daripada 100% logam perak.

Bagaimana dengan pingat emas? Aha! Mestilah 100% emas paling tulen boleh dibentuk kan? Tidak!

Semua pingat emas Olimpik sebenarnya diperbuat daripada perak tulen yang permukaannya disadur emas melebihi berat 6 gram. Tidak diperjelaskan apakah gred emas yang digunakan.


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 15-1-2025 02:27 PM
pure gold mana boleh berkarat.
kena scam


Nilai pingat itu bukan pada bahan buatannya. Kalau pingat emas sukma guna emas 916 pun ia tetap pingat sukma.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 15-1-2025 03:16 PM
Inilah puncanya

Mungkin juga sebab tak sokong Palestine. Pingat pun berkarat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 15-1-2025 02:27 PM
pure gold mana boleh berkarat.
kena scam


Pingat tu mmg gold solid ke...bukan plated?
I kecik2 dulu percaya pingat tu mmg gold seketul..bila dh tua baru i ubah kepercayaan i bahawa pingat itu adalah gold plated
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Euuwww...
Elok lagi pingat2 kelab sukan kat Malaysia nampak berkualiti,tebal dan berat. Belum setahun dah karat barat alamat boleh terhakis lama2 hilang sudah pingat olimpik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.089980 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list