CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10626|Reply: 1

[Kedah] Elak saman, pemandu lori bergerak tengah malam, awal pagi

[Copy link]
Post time 15-1-2025 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Elak saman, pemandu lori bergerak tengah malam, awal pagi

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




STIEN Van Lutam (dua dari kanan) melakukan pemeriksaan pada lori membawa muatan kayu berlebihan yang ditahan. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Alor Setar: Pemandu lori yang membawa muatan kayu getah berlebihan dikesan mencari peluang untuk bergerak pada awal pagi untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Dalam operasi khas awal pagi tadi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita 10 lori yang membawa muatan berlebihan kayu getah di Jalan Naka, Pokok Sena.

Ini kerana kayu getah terbabit boleh jatuh dan terkena pengguna jalan raya lain terutama penunggang motosikal atau kereta, jika tidak diikat dengan baik.

Hasil tinjauan dalam operasi itu mendapati, muatan kayu yang diikat juga tidak kukuh dan muatan berlebihan itu turut menyebabkan bahagian tepi lori pecah.


Lebih mengejutkan apabila, ada juga lori yang didapati menggunakan 'tayar celup' yang sudah merekah serta cermin hadapan lori yang retak dan boleh mengundang bahaya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stien Van Lutam berkata, hasil siasatan mendapati, kebanyakan pemandu lori terbabit berbuat demikian disebabkan mereka mempunyai pelbagai kesalahan selain mengelak disaman JPJ.

Beliau berkata, antara kesalahan mereka adalah tidak mempunyai lesen, cukai jalan tamat tempoh, tiada insuran, kenderaan tidak diselenggara dengan baik, ubah suai Kenderaan, penyenyap bunyi, tayar dan tiada mudflap.

"Saman dikeluarkan dalam operasi ini adalah sebanyak 118 dan notis arah periksa 38 serta 10 lori disita.

"Modus operandi yang mereka lakukan adalah bergerak pada waktu tengah malam dan awal pagi untuk mengelak disaman kerana mereka menjangkakan ketika itu tiada penguatkuasaan dilakukan oleh pihak kami.

"Tetapi perlu diingat, JPJ sentiasa melakukan rondaan tidak kira waktu termasuk di kawasan kampung untuk memastikan semua kenderaan mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya.



Disiarkan pada: Januari 15, 2025 @ 10:06am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1176770/elak-saman-pemandu-lori-bergerak-tengah-malam-awal-pagi




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2025 12:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 1.211413 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list