CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4995|Reply: 0

Beberapa pelombong dilaporkan terperangkap dalam lombong arang batu di Assam, India

[Copy link]
Post time 7-1-2025 09:24 AM | Show all posts |Read mode

Beberapa pelombong dikhuatiri terperangkap di dalam lombong arang batu di kawasan terpencil di negeri Assam di timur laut India dan negeri itu telah meminta bantuan tentera dalam operasi menyelamat. - Foto AFP

BENGALURU: Beberapa pelombong dilaporkan terperangkap di dalam sebuah lombong arang batu di kawasan terpencil di negeri Assam, India dan pihak berkuasa sudah meminta bantuan tentera untuk operasi menyelamat, semalam.

Ketua Pengarah Polis Assam, GP Singh, berkata operasi menyelamat sedang dijalankan dan pihak berkuasa sedang memastikan jumlah sebenar individu yang terperangkap.

"Setakat ini, maklumat menunjukkan jumlahnya adalah dalam angka tunggal. Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF) telah digerakkan," katanya.

Lombong terbabit terletak di kawasan terpencil di kawasan berbukit di Dima Hasao, Assam.

Media tempatan melaporkan pelombong berkenaan terperangkap akibat banjir.



Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma, dalam ciapan di platform X berkata, pihaknya sudah meminta bantuan tentera dalam operasi menyelamat yang sedang dijalankan.


SDRF dan Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) juga sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk membantu usaha menyelamat.

Ketua Polis Daerah Dima Hasao, Mayank Kumar Jha dan Pesuruhjaya Daerah sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

Hasao berkata, kawasan terbabit begitu terpencil dan sukar untuk diakses.

Bencana berkaitan lombong arang batu di bahagian timur laut India bukan satu perkara luar biasa.

Dalam salah satu bencana terbesar pada 2019, sekurang-kurangnya 15 pelombong tertimbus ketika bekerja di sebuah lombong haram di negeri Meghalaya selepas air dari sungai berhampiran membanjiri lombong terbabit. - REUTERS

Januari 7, 2025   sumber











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.086650 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list