CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31606|Reply: 1

[Kedah] Duit simpanan RM5,000 hangus dalam kebakaran 13 rumah

[Copy link]
Post time 5-1-2025 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Duit simpanan RM5,000 hangus dalam kebakaran 13 rumah

BERNAMA - Januari 5, 2025 @ 4:07pm



SUNGAI PETANI: Duit simpanan keluarga seorang nelayan untuk membayar sewa rumah dan ansuran pinjaman kereta hampir RM5,000 hangus dalam kebakaran membabitkan 13 rumah di Tanjung Dawai di sini pagi tadi.

Julaili Abdullah, 32, berkata ketika kejadian dia sedang menyiapkan anak perempuannya berusia lima tahun sebelum dihantar ke tadika.

"Suami kerja sebagai nelayan dan dia ada di rumah waktu kejadian tapi dia pun hanya sempat selamatkan dokumen penting, saya pula bawa anak-anak ke tempat selamat. Perabot semuanya musnah termasuk duit tabung," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa Azme Omar, 60, pula berkata kejadian malang itu kali kedua menimpanya selepas insiden pertama berlaku di lokasi berdekatan kira-kira 30 tahun lepas.

"Saya baru sudah menangkap ikan, dalam perjalanan pulang ada penduduk beritahu rumah saya terbakar dan dari atas bot sudah nampak kepulan asap, rasa sebak sangat.

"Kali ini tiada yang tinggal, gambar kenangan arwah isteri yang meninggal dunia dua tahun lepas juga musnah," katanya.

Sementara itu, Azlida Abd Rahim, 29, memberitahu dia baru pulang daripada menghantar laksam untuk jualan dan terdengar suara jiran meminta tolong pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

"Bila dengar suara jiran, saya buka pintu dapur dan nampak rumah mereka yang terletak bertentangan dengan dapur rumah saya dah terbakar," katanya.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan melecur pada bahagian kaki dan tangan dalam kejadian kebakaran membabitkan 13 buah rumah di Kampung Keda Tanjung Dawai, Bedong di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi (PPON) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Azhar Mohamad berkata jentera pertama tiba di lokasi pada 7.53 pagi dan api berjaya dikawal pada 8.12 pagi. – BERNAMA








Anggota bomba memadam kebakaran yang membabitkan 13 rumah di Tanjung Dawai. - Foto ihsan bomba






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2025 06:56 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.271853 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list