Bantuan disalurkan Mesir ke Syria. - Foto AGENSI
KAHERAH: Mesir menghantar pesawat bantuan ke ibu negara Syria, Damsyik, buat julung kali sejak kejatuhan kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad awal bulan lalu, lapor Xinhua.
Pesawat awam EgyptAir itu membawa 15 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan dan ubat-ubatan, yang disalurkan oleh Bulan Sabit Merah Mesir kepada Bulan Sabit Merah Arab Syria, menurut kenyataan Kementerian Luar Mesir.
Bantuan itu diterima oleh Kuasa Usaha Kedutaan Mesir di Damsyik di lapangan terbang.
Tindakan itu sebahagian daripada usaha Mesir untuk menyokong rakyat Syria berdasarkan hubungan bersejarah antara kedua-dua negara.
BERNAMA-XINHUA
|