CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24454|Reply: 4

Reunion sekolah toksik- Datang nak tayang terpaling kereta, terpaling kaya, terpaling bahagia, terpaling English, terpaling anak pandai

[Copy link]
Post time 4-1-2025 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Trend mengadakan majlis reunion bersama kenalan sekolah ataupun universiti sememangnya sudah menjadi tradisi sejak dahulu lagi.

Aktiviti ini membuka peluang untuk bertemu semula dengan rakan-rakan lama, berkongsi kenangan manis dan mengeratkan hubungan silaturahim yang mungkin terputus akibat jarak dan kesibukan masing-masing.

Selain itu, reunion juga menjadi platform untuk saling bertukar cerita mengenai pencapaian peribadi, kerjaya, dan keluarga masing-masing.

Bagi kebanyakan orang, majlis reunion bukan sekadar sebuah acara sosial, tetapi juga momen untuk mengenang kembali zaman ketika sama-sama belajar sebelum ini.



Dalam satu hantaran di laman TikTok, seorang pelayar berkongsi pandangan peribadinya yang berpendapat bahawa majlis reunion mempunyai lebih banyak keburukan.

Menurutnya, ramai yang mungkin cenderung menjadikan majlis tersebut sebagai medan untuk menonjolkan kehebatan pencapaian masing-masing.

"Selain media sosial, satu lagi keadaan toksik yang kau kena avoid adalah high school reunions.

"Masa ini lah masing-masing terpaling kereta, terpaling kaya, terpaling bahagia, terpaling English, terpaling anak pandai semua keluar cerita.

"Kita yang doing better pun naik segan dah. Jadi untuk kesihatan mental kita, tak payah nak pergi. Bukan best pun," tulisnya.

Perkongsian pelayar tersebut mengundang perhatian warya maya dengan pelbagai reaksi dan pandangan masing-masing.

Segelintir netizen yang menyokong pandangan pelayar berkenaan menyifatkan majlis reunion hanya menggalakkan perbandingan sosial yang tidak sihat.

"Aku tak minat nak pergi reunion bekas rakan sekolah, grup kawan-kawan lama. Sebab dah banyak terjadi runtuhnya rumah tangga yang harmoni.

"Betul, sangat annoyed. Dah left group untuk kesihatan mental.

"Elakkan juga pergi famili day. Sama saja effect dia, ramai yang toksik," demikian antara komen warga maya.

Namun terdapat netizen berkongsi pengalaman yang bukan seperti digambarkan, malah majlis itu sebenarnya banyak membantu dari segi 'network' dan peluang kerja serta bisnes.

"Waktu tu aku menganggur. Kawan tanya kerja mana? Aku jawab menganggur. Dia ambil resume saya dan pass dekat kenalan dia. Lepas reunion, saya dipanggil untuk temu duga dan dapat kerja.

"Betul! Jumpa sekali-sekala siap ada yang bagi contact network, supplier bagai. Kalau jenis circle tak best, memang sampai ke tua lah circle toksik. Bukan sebab reunion.

"Saya umur 39 pergi reunion okay-okay saja. Mungkin semua dah matang dan memahami situasi yang lain," komen netizen lagi.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu iols tak pernah berminat nak contact ex schoolmatte ex uni...

For me..all bullshit
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
semua yang di atas betul..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 10-2-2025 05:52 PM

kena terima sekarang ni zaman capub. tpaling ni mana mana pon ade. kadg capub kat tmpt kerja, capub kt pesbuk capub kat ig kat status wasap kt komuniti, grup anak beranak, smua lah.
jnji lepas gian nk capub.tp takpela bia la masing2 nk seronok cara masing2 kan. tp kantoi la, tpaling living, rupanya free time ngendap kita. kita yg sangkak ni pun tak kuasa ngendap. mak living my life gituh nyahhhhh
hashtag bukan cerca acikporum

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2025 03:00 PM | Show all posts
kadang bukan orang toksik pun. tapi hati sendiri yang tisu sangat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5566 Replies : 3459
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191804 Replies : 3947
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 17853 Replies : 2
Kelantan sebenarnya duduk atas jalur emas paling kaya di Malaysia
YgBenarKelantan sebenarnya duduk atas jalur ema
Views : 772 Replies : 23
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 17890 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 14930 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 17851 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.078215 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list