CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30556|Reply: 1

[Kedah] Pendatang Rohingya berlayar 10 hari sebelum terkandas di Langkawi

[Copy link]
Post time 4-1-2025 03:07 AM | Show all posts |Read mode
Pendatang Rohingya berlayar 10 hari sebelum terkandas di Langkawi

Oleh Hamzah Osman - Januari 3, 2025 @ 8:53pm [email protected]




Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari (berdiri dua dari kiri) membuat pemeriksaan ke atas sebahagian 196 etnik Rohingya dari Myanmar yang mendarat di Langkawi. - Foto NSTP/Ihsan POLIS





LANGKAWI: Seramai 196 etnik Rohingya dari Myanmar yang mendarat di Pantai Teluk Yu, Mukim Ayer Hangat di sini, awal pagi tadi, belayar selama 10 hari sebelum bot dinaiki mereka terkandas di perairan negara.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu pada jam 3.25 pagi.

"PATI etnik Rohingya itu terdiri daripada 68 lelaki dewasa, 57 wanita dewasa, 32 kanak-kanak lelaki dan 39 kanak-kanak perempuan, dipercayai berlepas dengan bot dari Myanmar lebih kurang 10 hari lalu.






Antara pendatang etnik Rohingya yang ditahan polis selepas mendapat maklumat orang ramai mengenai pendaratan mereka di Langkawi. - Foto NSTP/IHSAN POLIS

"Kesemua yang ditahan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Langkawi, untuk proses dokumentasi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata, saringan kesihatan juga dijalankan ke atas semua pendatang terbabit oleh Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi.

"Polis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada orang awam yang pantas memberikan maklumat mengenai kemasukan warganegara asing ini
.
"Kerjasama menyalurkan maklumat dengan pantas seperti ini perlu diteruskan pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mengawasi perairan negara, susulan maklumat dua lagi bot membawa pelarian Myanmar menghala ke Langkawi.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344639/pendatang-rohingya-berlayar-10-hari-sebelum-terkandas-di-langkawi





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2025 03:09 AM | Show all posts
semoga kerajaan hantar lah balik. semak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.043572 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list