CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35844|Reply: 0

Polis pengawal pantai pintas 2 kapal nelayan Indonesia dalam perairan Singapura

[Copy link]
Post time 3-1-2025 09:27 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

SINGAPURA: Dua kapal nelayan Indonesia dipintas dalam perairan wilayah Singapura berhampiran Tuas oleh bot Polis Pengawal Pantai (PCG) dan dinasihatkan meninggalkan kawasan itu.

Menjawab pertanyaan media, polis berkata mereka mengetahui mengenai laporan media dan video nelayan Indonesia yang menangkap ikan dalam perairan Singapura.

Menurut polis, pegawai PCG menyedari, sekitar jam 8.45 pagi sehari sebelum Krismas, bahawa beberapa kapal nelayan Indonesia yang beberapa kali keluar masuk perairan Singapura.

PCG mengerahkan botnya di kawasan itu untuk 'menghalang dan menghentikan kapal yang tidak dibenarkan daripada memasuki (perairan Singapura)'.

Sekitar 1.20 tengah hari pada hari yang sama, pegawai tersebut melihat dua daripada sekumpulan lima kapal nelayan Indonesia telah memasuki lebih jauh ke perairan Singapura, menuju ke barat laut ke arah Tuas View Extension.

Polis berkata, sebuah bot PCG memintas kedua-dua kapal itu untuk menghalang mereka daripada bergerak lebih jauh ke perairan Singapura.

"Pegawai PCG kemudian mendekati nelayan di atas kapal nelayan itu dalam (perairan Singapura) dan menasihatkan mereka beredar, memandangkan kapal itu tidak dibenarkan dan dilarang memasuki kawasan itu.

"Mereka akhirnya akur dan meninggalkan (perairan Singapura) sekitar jam 1.40 tengah hari," katanya.

Satu laporan Indonesia mengenai kejadian itu menyatakan bahawa salah seorang nelayan telah terjatuh ke laut semasa didekati PCG, tetapi tiada seorang pun warga Indonesia yang cedera.

Laporan itu menyatakan pengerusi persatuan nelayan Indonesia tidak berpuas hati dengan tindakan PCG semasa pertembungan itu.

Kata polis, pada 2 Januari, Konsulat Singapura di Batam telah menghubungi pelbagai pihak berkepentingan Indonesia mengenai kejadian itu, atas permintaan mereka, dan akan terus berbuat demikian.

Pihak polis juga menggesa kapal asing mematuhi arahan pihak berkuasa Singapura apabila mereka berada dalam perairan Singapura.

"PCG akan terus melaksanakan tugasnya di dalam (perairan Singapura) secara profesional dan selamat," tambah kenyataan itu. - AGENSI
sumber   Januari 3, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058157 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list