CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13667|Reply: 0

Objek jatuh dari angkasa di Kenya dikenal pasti sebahagian pelancar roket

[Copy link]
Post time 3-1-2025 09:43 AM | Show all posts |Read mode

Agensi Angkasa Kenya pada Rabu mengenal pasti satu objek besar logam yang jatuh dari angkasa awal minggu ini berkemungkinan cincin pemisah daripada roket yang dilancarkan. - Foto hiasan AFP

WASHINGTON: Agensi Angkasa Kenya pada Rabu mengenal pasti satu objek besar logam yang jatuh dari angkasa awal minggu ini berkemungkinan cincin pemisah daripada roket yang dilancarkan, lapor United Press International (UPI).

Dalam satu kenyataan, agensi itu memberi jaminan kepada orang awam yang objek tersebut tidak menimbulkan ancaman keselamatan.

Objek itu seberat lebih 1,000 paun (453.5kg) jatuh di Kampung Mukuku, Daerah Makueni, selatan Kenya pada Isnin.

"Selepas menerima maklumat pada pagi Selasa, pegawai KSA segera ke lokasi kejadian dan dengan kerjasama pasukan pelbagai agensi serta pihak berkuasa tempatan, mengosongkan kawasan tersebut dan mengambil serpihan itu yang kini berada di bawah seliaan agensi untuk siasatan lanjut," menurut kenyataan itu.

Cincin pemisah daripada roket yang dilancarkan biasanya direka untuk terbakar apabila memasuki semula atmosfera Bumi atau mendarat di lautan atau kawasan yang tidak berpenghuni.




Agensi Angkasa Kenya menggambarkan insiden itu sebagai "kes terpencil" dan menyatakan ia akan menangani perkara itu di bawah rangka kerja Undang-Undang Angkasa Antarabangsa.

Bunyi objek itu jatuh dilaporkan dapat didengar sejauh 30 batu, menarik perhatian saksi yang bergegas ke lokasi dan berkongsi foto dalam talian.

Cincin itu berukuran kira-kira 8 kaki diameter. – BERNAMA-UPI








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.047762 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list