CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7063|Reply: 0

Siapa penyerang dalam insiden rempuhan di New Orleans?

[Copy link]
Post time 2-1-2025 12:08 PM | Show all posts |Read mode

SHAMSUD-DIN Jabbar. FOTO FBI/ Reuters

Washington: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenal pasti suspek dalam serangan maut di New Orleans, Shamsud-Din Jabbar, adalah bekas anggota tentera warganegara Amerika Syarikat (AS).

Shamsud-Din, 42, pernah bekerja sebagai ejen hartanah di Texas, tetapi menghadapi kesukaran kewangan serta perceraian sebelum insiden itu berlaku.

Menurut laporan, Shamsud-Din pernah memuat naik video di YouTube empat tahun lalu dengan memperkenalkan dirinya sebagai 'perunding hebat' sambil mempromosikan perkhidmatan pengurusan hartanahnya.

Pentagon memaklumkan, Shamsud-Din pernah berkhidmat dalam tentera sebagai pakar sumber manusia dan teknologi maklumat dari 2007 hingga 2015.

Dia juga bertugas dalam pasukan simpanan tentera hingga 2020, dan pernah dikerahkan ke Afghanistan dari Februari 2009 hingga Januari 2010.

Shamsud-Din tamat perkhidmatan dengan pangkat Sarjan Staf, dan FBI mengesahkan dia diberhentikan secara terhormat.

Rekod jenayah menunjukkan Shamsud-Din pernah didakwa atas kesalahan kecil iaitu kecurian pada 2002 dan memandu tanpa lesen yang sah pada 2005.
Dia yang pernah berkahwin dua kali, dengan salah satu perceraiannya direkodkan pada 2022.

Dalam satu e-mel kepada peguam bekas isterinya, dia ketika itu mengakui berhadapan masalah kewangan, menyatakan tidak mampu membayar ansuran rumah dan syarikat hartanahnya mengalami kerugian lebih AS$28,000 (kira-kira RM125,432) pada tahun sebelumnya.

Abdur Jabbar, yang dipercayai abang kepada suspek, menyifatkan adiknya sebagai seorang baik hati, pintar dan penyayang.

Dia berkata, tindakan Shamsud-Din tidak mencerminkan Islam tetapi mungkin kesan hasil radikalisasi.

Presiden Joe Biden memaklumkan, beberapa jam sebelum serangan, Shamsud-Din memuat naik video yang menunjukkan dia "terinspirasi oleh Daish." FBI turut menemukan bendera hitam yang dikaitkan dengan kumpulan itu di dalam kenderaan yang digunakan suspek.

Menurut pihak berkuasa, Shamsud-Din memandu trak dengan laju ke arah orang ramai yang sedang menyambut Tahun Baharu, mengakibatkan 15 maut dan puluhan cedera. Selepas pelanggaran itu, dia melepaskan tembakan sebelum ditembak mati oleh polis.

Universiti Negeri Georgia mengesahkan Shamsud-Din pernah menjadi pelajarnya dari 2015 hingga 2017 dan memperoleh ijazah dalam sistem komputer.

Dalam video YouTube yang kini dipadam, Shamsud-Din menceritakan pengalaman perkhidmatannya dalam tentera, yang mengajarnya untuk serius dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan.

Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian, namun insiden ini menggemparkan AS, lebih-lebih lagi ia berlaku ketika sambutan tahun baharu.


Disiarkan pada: Januari 2, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.104438 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list