Zurich: Larangan menutup muka di khalayak ramai, yang diluluskan pada 2021, berkuat kuasa di Switzerland pada hari ini, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pelanggar larangan itu boleh dikenakan denda 1,000 franc Swiss (kira-kira RM4,900).
Pada 6 November lalu, kerajaan Switzerland menetapkan tarikh untuk undang-undang yang melarang pemakaian penutup muka di khalayak ramai berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.
Keputusan itu dibuat selepas referendum yang dimulakan oleh rakyat Switzerland pada 7 Mac 2021.
Larangan itu tidak terpakai kepada kapal terbang, premis diplomatik atau konsular, tapak keagamaan, atau dalam situasi di mana tidak menutup muka boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan atau keselamatan atau mengganggu mengikut adat tempatan.
Pelanggar akan didenda 100 franc (kira-kira RM490), jika mereka membayar serta-merta, atau 1,000 franc (kira-kira RM4,900), jika mereka enggan membayar serta-merta.