CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86215|Reply: 0

[Pulau Pinang] Operasi tapak pelupusan sampah Pulau Sungai Burung fasa 3 dipindah kepada Kerajaan Negeri

[Copy link]
Post time 25-12-2024 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-12-2024 05:32 PM

Operasi tapak pelupusan sampah Pulau Sungai Burung fasa 3 dipindah kepada Kerajaan Negeri

Bernama - Disember 25, 2024 @ 7:02am



Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung Fasa 3. Foto FAIL NSTP.



GEORGE TOWN: Projek pembangunan dan pengoperasian Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung Fasa 3 di sini yang sebelum ini dilaksanakan syarikat PLB Terang Sdn Bhd, dipindahkan kepada kerajaan Pulau Pinang melalui perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 18 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, H'ng Mooi Lye berkata menerusi perjanjian itu syarikat itu akan menerima bayaran RM35 juta bagi memindahkan keseluruhan hak dan pemilikan fasiliti di tapak berkenaan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

"Syarikat PLB Terang Sdn Bhd telah dilantik bagi membangunkan dan mengoperasikan tapak pelupusan itu dengan kemudahan pemulihan bahan (MRF) bagi tempoh 20 tahun pada 15 Julai 2012 hingga 14 Julai 2032.

"Pada Julai 2022, kerajaan negeri mengkaji semula kemajuan projek dan didapati terdapat banyak ketidakpatuhan dan kelewatan di pihak syarikat bagi melaksanakan pembangunan projek itu ," katanya dalam kenyataan malam ini.

Disebabkan prestasi tidak memuaskan itu, beliau berkata kerajaan negeri memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan syarikat pada 1 Ogos 2022 dan pengoperasian tapak diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mengulas lanjut, H'ng berkata, susulan penamatan perjanjian dan mengambil kira kerja-kerja yang telah dilaksanakan di tapak serta syarat perjanjian konsesi, kerajaan negeri melalui kedua-dua PBT memasuki proses mediasi bersama syarikat itu bagi memuktamadkan syarat pemindahan fasiliti yang siap dibina.

Beliau memaklumkan kesemua pihak bersetuju dengan nilaian RM35 juta bagi memindahkan keseluruhan hak dan pemilikan fasiliti di tapak kepada kedua-dua PBT.

Justeru, satu perjanjian penyelesaian ditandatangani pada 18 Disember lalu dengan pembayaran penyelesaian dibuat secara berperingkat mulai 2025 hingga 2027.

"Saya ingin menekankan bahawa bayaran itu dibuat atas persetujuan kedua-dua pihak untuk memindahkan hak dan pemilikan fasiliti di tapak kepada kedua-dua PBT dan bukannya pampasan yang dibayar kepada Syarikat PLB Terang Sdn Bhd," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/12/1341026/operasi-tapak-pelupusan-sampah-pulau-sungai-burung-fasa-3-dipindah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.040344 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list