CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8488|Reply: 0

[Sarawak] Belia perlu berani keluar dari zon selesa

[Copy link]
Post time 17-12-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim (tengah) ketika menyantuni penerima bantuan selepas penyerahan sumbangan makanan kepada 40 penduduk kampung di Long Seridan dekat Miri hari ini.

MIRI: Golongan belia di negeri ini perlu bersikap lebih berani untuk keluar dari zon selesa mereka dengan mengasah pemikiran kreatif dan mencari penyelesaian inovatif bagi mengatasi cabaran yang ada.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata seiring aspiriasi memperkasa belia di negeri ini mereka perlu mencipta peluang-peluang baharu, bukan sahaja menguntungkan diri sendiri tetapi memberi manfaat besar kepada kemajuan dan pembangunan negeri ini.

"Adalah menjadi tanggungjawab bersama berusaha memajukan masa depan Sarawak dengan meningkatkan produktiviti, kekal berdaya saing dan mewujudkan persekitaran bersih, sihat dan mapan untuk generasi akan datang khususnya golongan belia," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) di Long Seridan, Hulu Baram dekat sini hari ini.

Program MYSED Go Rural@Long Seridan kali ini merupakan siri kelima dengan kementerian tersebut berjaya menyantuni lebih 11,000 orang belia dan komuniti.

Selain Long Seridan program serupa diadakan di Rumah Jakson Wan Luhat Bintulu, Long Singut Kapit, Long Luyang, Miri dan Kampung Awat-Awat, Limbang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu berkata, pelaksanaan lokasi-lokasi 'MYSED Go Rural' adalah signal di mana kementerian tidak melupakan belia dan komuniti baik di kawasan bandar mahpun luar bandar.

"Ini adalah selaras dengan salah satu teras dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID 2030 (PCDS 2030) iaitu Keterangkuman Sosial dan dari sudut kementerian dan kerajaan Sarawak 'No One Left Behind'.

"Saya percaya dalam usaha kita melaksanakan pembangunan kawasan luar bandar, ia adalah penting untuk kerajaan memberi lebih pendedahan kepada belia serta komuniti dan menunjukkan keprihatinan pelbagai inisiatif," jelasnya.

Beliau berkata, sebanyak 272 program pembangunan belia melibatkan lebih 250,000 belia dilaksanakan oleh kementerian dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, SABERKAS, PEMADAM dan persatuan-persatuan belia dan sukan seluruh Sarawak.

Antara program-program sedia ada dan memberi impak tinggi dilaksanakan di seluruh Sarawak adalah Sambutan Hari Belia Sarawak, Jelajah Belia Sarawak, MYSED Go Rural, MYSED Go University, Youth Got Skills, Program Belia Prihatin, Youth Survival Skills, Sarawak X-Tive dan Youth Entrepreneur Set-Up.

Dalam MYSED Go Rural kali ini, Persatuan Belia Miri bersama kementerian melaksanakan dan membantu menaja Program Belia Prihatin yang mana mereka memberi bantuan berbentuk makanan kepada 40 penduduk memerlukan di kawasan Long Seridan.

Pada majlis itu, Abdul Karim mengumumkan peruntukan berjumlah RM10,000 untuk Chapel Long Seridan manakala Biro Wanita (RM5,000), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) A dan B masing-masingnya RM10,000, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Long Seridan (RM5,000) dan Belia Long Seridan (RM10,000).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.042897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list