CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2999|Reply: 0

[Sarawak] PBM mahu perluas keahlian di seluruh negara

[Copy link]
Post time 17-12-2024 02:59 PM | Show all posts |Read mode


Larry (tengah) melakukan simbolik perasmian logo PBM di Sibu, hari ini.

SIBU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) berhasrat untuk memperluaskan keahlian partinya di seluruh Malaysia sejajar dengan statusnya sebagai parti kebangsaan berbilang kaum.

Presidennya Datuk Larry Sng berkata, keahlian parti itu bukan sahaja tertumpu di Sarawak, malah sasarannya kini adalah di Sabah.

"PBM menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 keahlian di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

"Kami bukan sahaja mahu memperluaskan ahli parti, tetapi juga berhasrat melahirkan lebih ramai wakil rakyat di peringkat DUN dan juga Parlimen," ujarnya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Logo Baharu PBM di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Sebagai sebuah parti berbilang kaum, Larry berkata, PBM juga berhasrat mempunyai seberapa banyak bahagian mahupun cawangan di negeri-negeri lain.

"Keahlian kita bukan sahaja tertumpu di Julau atau di Sarawak sahaja, tetapi di kawasan lain termasuk di Semenanjung Malaysia.

"Ahli kita bukan sahaja Cina tetapi Iban, Melayu, Dayak, malah India dan Kadazandusun pun ada sejajar dengan nama parti kita," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Julau.

Larry menambah, selain keahlian mereka turut menyasarkan lebih banyak kerusi kerana parti itu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Menyentuh mengenai logo baharu yang dilancarkan PBM, beliau berkata ia sudah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 12 September lalu.

Jelasnya, logo baharu itu memaparkan 'satu tapak tangan' berwarna ungu agar mudah dikenali serta mempunyai perbezaan ketara dengan logo parti-parti lain.

"Dengan pelancaran logo baharu parti, kami harap ia membawa imej baharu, untuk kegunaan pilihan raya sama ada di Sabah atau pada pilihan raya akan datang seperti pilihan raya negeri dan pilihan raya umum.

"Ini cara parti kami bergerak ke hadapan, warna ungu kami percaya suatu warna yang unik.

"Logi baharu membawa maksud, satu tapak tangan melambangkan kebebasan demokrasi dan keadilan sosial manakala warna ungu pula mewakili keterbukaan, keikhlasan," ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Larry memberitahu pada asalnya PBM sebenarnya bermula dari Sabah People Front Party yang didaftarkan 2010 dan pada 2012, parti itu dinamakan semula dengan nama Sarawak Workers Party (SWP).

"Dan kemudian pada tahun 2021, ia dinamakan semula dengan nama PBM di mana pendaftarannya dengan nama baharu diluluskan oleh ROS pada 27 Oktober 2021.

"Sekarang kita mempunyai hampir 100,000 ahli di seluruh negara," tambahnya lagi.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden PBM Wong Judat, Setiausaha Agung PBM Munan Laja, Naib Presiden Kanan PBM Mohd Hendrin Ramlee serta dua Naib Presiden PBM Jupri Lenson dan Peter Tinggi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068791 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list