CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22082|Reply: 0

[Pulau Pinang] Fahami pengertian istito’ah sebelum tunai haji

[Copy link]
Post time 16-12-2024 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-12-2024 11:39 AM

Fahami pengertian istito’ah sebelum tunai haji

16 Disember 2024 08:30am




Laporan muka depan Sinar Ahad.




GEORGE TOWN - Pendidikan haji terutama kefahaman maksud istito’ah antara perkara utama yang perlu dititikberatkan seluruh umat Islam sebelum menunaikan ibadah haji.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, istito’ah dalam menunaikan haji termasuklah kemampuan dari segi sumber kewangan.


Menurutnya, pendeposit TH dan jemaah haji perlu memahami syarat istito'ah (kemampuan) yang digariskan hukum syarak seperti kemampuan dari sudut kesihatan tubuh badan dan ada kenderaan pergi dan balik ke Tanah Suci.

]
Dr Mohd Sukki




Selain itu, jelasnya ia turut merangkumi kemampuan dari sudut harta dan kewangan yang mencukupi serta kemampuan dari sudut keselamatan iaitu aman dalam perjalanan.


“Justeru, pelaksanaan haji ini sebenarnya dituntut kepada mereka yang berkemampuan, itu kunci yang paling utama.


“Oleh itu, umat Islam perlu diberi kefahaman mengenai haji secara meluas tentang konsep ibadah haji ini berbeza dengan ibadat-ibadat yang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Mohd Sukki menjelaskan, tanpa memenuhi syarat istito'ah, seorang Muslim tidak diwajibkan untuk melaksanakan haji.


“Dengan memahami syarat istito'ah, seseorang tidak perlu merasa terbeban jika memang belum mampu melaksanakan haji.


“Sebaliknya, jika sudah memenuhi syarat, kewajipan haji hendaklah segera dilaksanakan,” katanya.

INFO




Apa itu istito'ah:

1. Kemampuan kewangan

Seseorang dianggap memiliki istito'ah jika memiliki wang yang cukup untuk:

- Perjalanan haji

- Perbelanjaan selama di tanah suci.

- Keperluan keluarga yang ditinggalkan, sehingga mereka tetap terjamin selama ia berada di tanah suci.

2. Kemampuan fizikal dan kesihatan

Kesihatan yang baik yang memungkinkan seseorang melaksanakan semua rangkaian ibadah haji, seperti tawaf, sa’i, wukuf di Arafah, dan lainnya.

3. Keamanan dalam perjalanan

Perjalanan menuju tanah suci hendaklah aman, baik dari gangguan seperti konflik, kejahatan, atau bencana. Jika perjalanan dianggap berbahaya, kewajipan haji dapat ditunda sampai situasi memungkinkan


https://www.sinarharian.com.my/article/702428/berita/nasional/fahami-pengertian-istitoah-sebelum-tunai-haji


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070145 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list