CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40052|Reply: 7

[Jenayah] Bukan kereta Honda:Tak Puas Hati Motosikal Ditarik Kerana Tunggakan 20 bulan, Wanita Ini Nekad Bakar Motosikal Tersebut

[Copy link]
Post time 27-12-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 27-12-2024 02:22 PM

Seorang wanita berusia 40-an telah membakar motosikal yang masih lagi belum dilunaskan bayaran sewa beli kepada bank.




Kejadian tersebut disahkan berlaku di Taiping telah viral di media sosial. Dengan wanita itu kelihatan benar benar bengang apabila motosikalnya mahu ditarik oleh bank.

Tindakan itu telah dirakam oleh seorang individu yang dipercayai penarik kenderaan yang dilantik oleh pihak bank.

Wanita tersebut enggan memberikan kerjasama telah menyimbah petrol dekat motosikal tersebut.

Dia kemudian menyalakan api dan membakar motosikal Honda RSX itu kerana berang motosikalnya mahu ditarik kerana tak bayar ‘loan’.

Pihak penarik kenderaan tidak dapat berbuat apa apa selain daripada hanya melihat tindakan wanita tersebut yang mengejutkan mereka.

Pada malam Khamis, polis telah menahan seorang wanita dipercayai suspek yang membakar motosikal tersebut di tempat awam.

Menurut polis wanita itu gagal melangsaikan tunggakan bayaran motosikal itu selama 20 bulan.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, wanita terbabit ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api – menurut laporan Sinar Harian.

Kanun tersebut melibatkan hukuman penjara sehingga 14 tahun jika sabit kesalahan.

Netizen geleng kepala melihat tindakan wanita itu yang menurut mereka akan lebih menyusahkan dirinya selepas ini. Kenapa dia tidak biarkan sahaja motosikalnya ditarik setelah dia sendiri melanggar pernajian sewa beli kenderaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar kedai teruih tak bayar ka apa.
Tengok pada kondisi fizikal tayar botak depan belakang pun dah boleh kenai sejenis sengkek takde duit tapi nak jugak berhutang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
20 bulan tak bayar?? Memang niat taknak bayar ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:13 PM | Show all posts
Bila kau cuma mampu Honda EX5, tapi gatal beli RSX.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongok tak bertepian
Susah... Susah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini pakai konsep
"Kalau aku tak dapat, orang lain pun tak boleh dapat"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh la berhutang..pastu tk mampu nak bayar.
Pendek akal terus bakar.
Ingat boleh selesaikan masalah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kepala duk kat lutut...dah tahu x mampu bayar, buat pe beli utk anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049377 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list