CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36724|Reply: 1

[Tempatan] Kaji semula elaun bomba, gesa Ahli Parlimen BN seiring risiko tugas

[Copy link]
Post time 26-11-2024 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Kaji semula elaun bomba, gesa Ahli Parlimen BN seiring risiko tugas

https://www.freemalaysiatoday.co ... a-ahli-parlimen-bn/

Chia Wan Rou
26 Nov 2024, 03:08 PM


Elaun seperti Bayaran Insentif Bomba (BIB) pada kadar RM110 bagi 12 jam tidak lagi relevan dan perlu dikaji semula dan dinaikkan sesuai dengan keadaan semasa.

Suhaimi Nasir berkata elaun anggota bomba termasuk bayaran insentif tidak pernah ditambah baik sejak sekian lama.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Sabah menggesa kerajaan mengkaji semula jumlah elaun anggota bomba termasuk Bayaran Insentif Bomba (BIB) sebanyak RM110 sebulan, mengambil kira risiko tugas dan cabaran kos hidup semasa.

Suhaimi Nasir (BN-Libaran) berkata, walaupun kerajaan melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bermula 1 Dis ini, elaun khusus untuk anggota bomba tidak disentuh.

Malah, katanya, elaun untuk anggota bomba tidak pernah ditambah baik sejak sekian lama.

“Bayaran elaun seperti BIB pada kadar RM110 bagi 12 jam tidak lagi relevan dan perlu dikaji semula dan dinaikkan sesuai dengan keadaan semasa.


Suhaimi Nasir.

“Elaun Perkhidmatan Bomba pada kadar RM200 serta elaun Operasi Hazmat pada kadar RM30 bagi setiap operasi juga amat tidak sesuai memandangkan mereka ini terdedah kepada risiko kecederaan, kecacatan kekal dan kematian tinggi,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2025 bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Selain itu, beliau juga difahamkan tuntutan cuti ganti kepada anggota bertugas lebih 12 jam serta gantian kepada cuti am tidak lagi diberikan kepada anggota bomba.

“Perkara sebegini tidak wajar dan tidak seharusnya diteruskan memandangkan mereka ini perlu mendapat rehat atau (cuti) ganti sewajarnya dalam memastikan mereka berada pada kondisi yang optimum untuk menjalankan tugasan.

“Kerajaan memerlukan perbelanjaan yang mampan dan efektif tetapi jangan sampai kebajikan anggota anggota keselamatan dikorbankan,” katanya.

Sebelum ini, FMT melaporkan luahan seorang anggota bomba hanya mahu dikenali Ahmad, yang terasa hati apabil isu membabitkan kebajikan mereka seakan terlepas pandang terutama bayaran ganti cuti am sekitar 18 hingga 19 hari setahun, yang didakwa tidak setimpal.

Dakwanya, anggota difahamkan pimpinan tertinggi bomba sudah mengemukakan cadangan tambah baik kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tiga tahun lalu namun tiada perkembangan positif sehingga kini.

Ahmad memberitahu dia dan rakan maklum pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini mengenai pelaksanaan kadar baharu gaji menerusi SSPA Disember ini, namun menegaskan apa diperjuangkannya adalah isu bayaran elaun BIB yang tidak berpadanan.

Selain BIB, anggota bomba turut menerima elaun tambahan seperti perumahan, sara hidup dan khidmat awam.

Bina balai bomba

Dalam perbahasan itu, Suhaimi turut meminta pertimbangan KPKT untuk membina balai bomba di Parlimen Libaran memandangkan satu-satunya balai bomba yang ada ketika ini, Balai Bomba Sandakan perlu mengawal selia tiga Parlimen – Libaran, Sandakan dan Batu Sapi.

“Saya berpandangan adalah wajar sekiranya tambahan satu balai bomba dibina di Parlimen Libaran dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk terjamin.

“Saya juga ingin mencadangkan agar pembinaan balai bomba di Libaran ini dapat dimasukkan bawah senarai keutamaan negeri Sabah bagi 2025,” katanya.

Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan persekutuan memperuntukkan sebanyak RM5.695 juta khusus untuk pembinaan bangunan bomba di Sabah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu setakat potong cincin tersangkut dekat batang konek, risiko apa jah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.031555 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list