CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35674|Reply: 0

[Tempatan] Chong Zhemin (PH-Kampar): Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) lakar sejarah tersendiri, buat kerja pembangkang

[Copy link]
Post time 26-11-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Chong: Wee lakar sejarah tersendiri, buat kerja pembangkang

https://m.malaysiakini.com/news/727096

Zarrah Morden, N Faizal Ghazali & Hariz Mohd
Diterbitkan:  Nov 26, 2024 5:05 PM
Dikemaskini: 5:05 PM



PARLIMEN | Dalam sejarah perjalanan parlimen negara ini, kata Chong Zhemin (PH-Kampar) tidak pernah ada seorang ahli parlimen blok kerajaan mengemukakan usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk merujuk ahli parlimen dari kumpulan sendiri ke jawatankuasa hak dan keistimewaan institusi itu.

Menganggap Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) melakukan kerja pembangkang, Chong berkata bukan saja ahli parlimen blok kerajaan tidak pernah menggunakan Peraturan tetap 36 (12) ke atas menteri, bahkan ia juga tidak dilakukan oleh pembangkang sejak 2022.

Bercakap pada sidang media di parlimen hari ini, Chong menjelaskan seseorang itu dinilai daripada apa yang dilakukannya bukan melalui kata-kata.

"Dia (Wee) boleh cakap apa saja, tapi sekali kamu gunakan 36(12), itulah tindakan anda untuk merujuk seorang menteri ke jawatankuasa hak dan kebebasan.

"Saya nak rekodkan di sini, untuk seluruh sejarah parlimen Malaysia, tak pernah ada seorang backbencher (penyokong kerajaan) yang memakai peraturan 36(12) untuk merujuk seorang menteri kabinet sendiri, frontbench, ke jawatankuasa hak dan kebebasan," katanya.

Chong yang juga ahli parlimen dari DAP menegaskan Wee adalah ahli parlimen penyokong kerajaan pertama melakukan usul tersebut ke atas menteri dari blok yang sama.

Malah, katanya lagi, sejak 2022 sehingga hari ini, tidak ada seorang pun ahli parlimen pembangkang mengemukakan usul melalui 36 (12) ke atas mana-mana menteri.

"Memang tak ada, saya sudah semak dan langsung tak ada," katanya.

Mahu bersihkan nama

Pada sidang media itu Chong mendakwa Wee - yang juga Presiden MCA - mengemukakan usul mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (2) untuk merujuk Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Mengikut peruntukan itu, mana-mana ahli parlimen yang berpendapat ada kenyataan yang mengelirukan dibuat di Dewan Rakyat, ia adalah menghina institusi itu dan boleh dirujuk kepada jawatankuasa berkaitan.

Insiden itu terkait ucapan penggulungan Rafizi berkenaan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 kementeriannya. Dalam kejadian pada 6 Nov itu Rafizi mengecam Wee mengenai isu kos pembangunan Pangkalan Data Utama (Padu).


Rafizi Ramli

“Saya ingin membuat sedikit pembetulan mengenai dakwaan bahawa Padu dibangunkan dengan kos RM85 juta seperti yang selalu dikatakan oleh Ayer Hitam (Wee) di TikToknya.

"Dakwaan itu tidak benar," kata Rafizi sambil menambah bahawa jumlah kos Padu setakat Sept hanya RM31 juta.

Sehari kemudian (7 Nov) di Dewan Rakyat Wee membalas Rafizi dengan berkata dia mendapati angka RM85 juta itu dengan memetik laporan pelbagai saluran media, termasuk media rasmi PKR, Suara Keadilan.

Bagaimanapun pada 18 Nov lalu speaker Johari Abdul memutuskan tidak wujud kes prima facie terhadap Wee.

Menurut surat bertarikh 18 Nov lalu yang dihantar oleh Wee ke pejabat Speaker Dewan Rakyat, dia menjelaskan langkah mengemukakan usul berkenaan dibuat sebagai usaha untuk membersihkan namanya.

Chong kemudian mengemukakan usul mengikut Perintah Tetap 36(6) dan 36(12) terhadap Wee kerana menganggap ahli politik terbabit mengelirukan Dewan.

Wee lalu membalas langkah tersebut dengan mengemukakan usul ke atas Chong menggunakan peruntukan yang sama.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.071663 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list