CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16016|Reply: 0

[Tempatan] MB Kedah Sanusi optimis lombong REE di Kedah mula jana hasil tahun depan

[Copy link]
Post time 26-11-2024 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Sanusi optimis lombong REE di Kedah mula jana hasil tahun depan

https://m.malaysiakini.com/news/727071

Diterbitkan:  Nov 26, 2024 2:04 PM
Dikemaskini: 2:04 PM



Kerajaan Kedah optimis negeri itu akan mula menjana hasil daripada aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) bermula tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau memberitahu kerajaan negeri telah menerima permohonan daripada tiga syarikat yang berminat untuk bekerjasama bagi meneroka dan membangunkan industri REE di negeri itu.

"Permohonan berkenaan adalah bagi mendapatkan kelulusan kerajaan untuk lesen mencari gali dan penjelajahan.

"Bagi merancakkan aktiviti ekonomi negeri dan peluang pelaburan pada peringkat selanjutnya dalam perlombongan, syarikat-syarikat tersebut disyaratkan untuk mengadakan usaha sama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri," katanya.



Beliau menjawab soalan Amar Pared Mahamud (PN-Kuah) yang ingin tahu adakah kerajaan negeri telah berjaya mencari pelabur bagi meneroka dan membangunkan industri REE di Kedah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.

Menurut Muhammad Sanusi kerajaan negeri juga telah mengenal pasti satu tapak berpotensi untuk perlombongan REE yang tidak melibatkan kawasan hutan simpan, dan berhasrat untuk memulakan aktiviti tersebut di lokasi berkenaan.

Katanya kerajaan negeri sangat berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti perlombongan REE dan akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) eksplorasi REE yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Sementara itu, mengenai keupayaan sumber manusia, beliau berkata kerajaan negeri yakin mampu menyediakan keperluan tersebut termasuk kepakaran saintis dan ahli geologi tempatan yang berupaya mengekstrak unsur berkenaan.

"Sebelum ini, terdapat makmal di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mampu membuat analisis, jadi saya percaya kita sudah mempunyai tenaga (sumber manusia) tempatan untuk menguraikan elemen ini, tapi kena ada peralatan sesuai," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ts Dr Mohd Suffian Yusoff (PN-Bandar Baharu) yang bertanyakan tentang keupayaan kerajaan negeri untuk menyediakan sumber tenaga yang berkemahiran dalam industri REE.

- Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053567 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list