CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12923|Reply: 0

[Tempatan] Taikun Pulau Pinang Tan Kok Ping kalah saman fitnah terhadap Ketua Menteri Chow Kon Yeow

[Copy link]
Post time 26-11-2024 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Taikun kalah saman fitnah terhadap Chow

https://www.freemalaysiatoday.co ... tnah-terhadap-chow/

Predeep Nambiar
26 Nov 2024, 10:41 AM


Presiden Kehormat Seumur Hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang, Tan Kok Ping (kanan) saman Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkait kenyataan dikatakan fitnah berkait peletakan jawatan dari Silver Jubilee Home for the Aged.

Mahkamah Tinggi George Town dapati kenyataan dikatakan memfitnah dibuat ketua menteri adalah kenyataan fakta.

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi menolak kes fitnah dikemukakan taikun Pulau Pinang, Tan Kok Ping terhadap Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Tan, yang juga presiden kehormat seumur hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC), menyaman Chow ke atas kenyataan berunsur fitnah berkait peletakan jawatannya dari Silver Jubilee Home for the Aged.

Ia susulan cubaan Tan untuk membina asrama tanpa tender terbuka dan beberapa perkara lain berbangkit. Tan, yang juga pemegang amanah rumah berkenaan, bersama dua lagi tidak lagi menjadi pemegang amanah kerana tidak lagi bersefahaman.

Hakim Quay Chew Soon, berkata kenyataan dikatakan berunsur fitnah yang dibuat Chow ke atas Tan didapati tidak memfitnah, malah ia adalah kenyataan fakta dan dibuat tanpa berniat jahat.

“Kenyataan Chow mengapa tender diperlukan – memandangkan rumah Jubilee bukan milik kerajaan negeri, tetapi sebuah organisasi awam dan bukan harta peribadi Tan – adalah kenyataan fakta.

“Dapatan saya menunjukkan kenyataan disangkal itu tidak mengandungi maksud atau sindiran seperti didakwa Tan.

“Saya mendapati pembelaan justifikasi, komen berpatutan, dan perlindungan bersyarat telah berjaya dibuktikan,” katanya dalam keputusan disampaikan dalam Zoom.

K Kirubakaran mewakili Tan, manakala Cheah Eng Soon mewakili Chow.

Menurut lidah rasmi kerajaan negeri, Buletin Mutiara, Chow mendakwa rumah tersebut merancang membina asrama pekerja atas tanah miliknya tanpa tender terbuka.

Chow berkata, sebarang pembangunan mesti dibuat menerusi tender terbuka.

“Tanah berkenaan milik Jubilee Fund, bukan Tan Kok Ping. Pihak lembaga perlu memutuskan proses tender terbuka, yang mana ia tidak berlaku,” katanya memetik laporan itu.

Rumah itu, bertempat di tanah seluas sekitar sembilan hektar di Gelugor, ditubuhkan pada 1935 memperingati jubli perak Raja George V, menurut laman webnya.

Ia ditubuhkan di bawah Ordinan Dana Jubli Pulau Pinang dan Wilayah Wellesley 1935 oleh kolonial kerajaan Negeri-negeri Selat dan digantikan dengan akta Parlimen pada 1969.

Ia dipantau ketua menteri sebagai pengerusi dan tiga ahli pemegang amanah.

Dalam penghakiman menyebelahi Chow, Quay berkata kenyataan dikatakan berunsur fitnah perlu dibaca dalam konteks penuh pada sidang media, bukan secara pengasingan.

Katanya, maklum balas Chow adalah sah, berikutan peletakan jawatan Tan sebagai pemegang amanah rumah itu dan sidang akhbar seterusnya menyelar Chow kerana tadbir urus lemah.

Quay juga berkata, kenyataan Chow diukur dan tertumpu kepada isu tatakelola berkaitan pengurusan rumah berkenaan, berbanding serangan peribadi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038950 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list