CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40239|Reply: 4

[Tempatan] Fahmi Fadzil: Kerajaan belanja RM1.66 juta untuk lawatan PM ke lima negara. Selebihnya RM4.5 juta atau 73 peratus ditanggung oleh syarikat yang terlibat

[Copy link]
Post time 22-11-2024 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan belanja RM1.66 juta untuk lawatan PM ke luar negara

https://m.malaysiakini.com/news/726750

Shakira Buang
Diterbitkan:  Nov 22, 2024 4:48 PM
Dikemaskini: 5:52 PM



Kerajaan hanya membayar RM1.66 juta atau 27 peratus kos lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke lima negara, berbanding kos sebenar RM6.162 juta.

Selebihnya RM4.5 juta atau 73 peratus, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil, ditanggung oleh syarikat yang terlibat.

"Kerajaan membayar untuk penerbangan perdana menteri dan tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat," katanya dalam sidang media di Kementerian Komunikasi, Putrajaya, hari ini.

Semalam, Anwar menjelaskan kira-kira 70 hingga 80 peratus kos melibatkan perjalanan dan lawatan rasminya ke lima negara ditampung oleh syarikat swasta yang mengikuti urusan itu.

Anwar menjelaskan, pendekatan tersebut dilaksanakan untuk memastikan perbelanjaan membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan secekap mungkin.

Fahmi menjelaskan dengan  sewaan khas pesawa, kerajaan menjimatkan sejumlah RM900,000 daripada lawatan rasmi tersebut.

"Dengan sewaan khas pesawat ini, pihak kerajaan akan mendapati ada penjimatan jika dibandingkan dengan pesawat sedia ada yang jumlah kosnya akan mencecah RM2.5 juta,” katanya.

Kos penginapan, makanan dan pengangkutan pula diuruskan oleh kerajaan tuan rumah atau penganjur acara seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) dan Sidang Kemuncak G20.

Katanya, syarikat terlibat mempunyai tujuan pelaburan seperti Petronas yang mempunyai pelaburan sehingga AS$6 bilion di Brazil.

Sementara itu, diminta mengulas sama ada kerajaan mahu mendedahkan nama-nama syarikat terlibat, Fahmi berkata media boleh mengajukan soalan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).

Selain Petronas, semalam Anwar memberitahu Dewan Rakyat, bahawa Sapura Energy, Yinson, Proton dan syarikat semikonduktor yang tidak dinamakan, turut serta dalam lawatan itu.

‘Penganjur sendiri undang Nurul Izzah’

Sementara itu, Fahmi yang juga ketua penerangan PKR, turut menjawab kehadiran naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berada dalam acara-acara Anwar dalam lawatan rasmi di luar negara.

Menurut Fahmi, kehadiran bekas ahli parlimen Permatang Pauh yang juga anak sulung Anwar atas jemputan pihak penganjur.

Katanya, jemputan tersebut dibuat selepas isteri Anwar, Wan Azizah tidak dapat memenuhi jemputan daripada pihak penganjur.

"Nurul Izzah telah dijemput antara lain kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah juga tidak mengikuti rombongan ini.

“Dia (Nurul Izzah) telah dijemput sebagai pengarah Social and Economic Research Initiative (Seri) tapi jemputan itu telah dipanjangkan oleh penganjur,’ katanya.


Nurul Izzah dalam sebuah acara kerajaan

Diminta mengulas sumbangan Nurul Izzah dalam lawatan itu, Fahmi berkata dia tidak ada maklumat mengenainya.

"Saya tidak ada maklumat itu," katanya lagi.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bertanya sama ada keberadaan Nurul Izzah yang mewakili badan bukan kerajaan dalam lawatan itu ditanggung kerajaan atau sebaliknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 07:57 PM | Show all posts
Adakah penganjur itu juga yg bayar 'gaji' PMX?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowwwwwieeeee.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:47 PM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 22-11-2024 08:48 PM

woooooooooooo......main juta ek per trip.....tak kisah la duit dari mana....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pergi ke pejabat2 kerajaan ada poster / bunting/banner POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH ..atau KAMI TIDAK MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH. So untuk pembiayaan kos keluar negara ni kira macam mana ya? Tanya je.. sbb aku tak tahu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045716 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list