CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11126|Reply: 14

[Tempatan] Akmal Saleh sifatkan Anthony Loke kaduk naik junjung. #3, Pemimpin muda DAP balas 'serangan' Akmal Saleh bertalu-talu

[Copy link]
Post time 21-11-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-11-2024 08:56 AM

Akmal sifatkan Loke kaduk naik junjung

https://www.malaysiakini.com/news/726593

Diterbitkan:  Nov 21, 2024 12:51 PM
Dikemaskini: 1:27 PM



Pemimpin lantang Umno Akmal Saleh menyifatkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebagai kaduk naik junjung selepas mendapat jawatan menteri.

“Baru ada pangkat, sombong!” kata ketua Pemuda Umno.

Kaduk naik junjung adalah peribahasa yang bermaksud orang yang hina apabila mendapat pangkat mengada-ngada.

Terdahulu, Loke dalam podcast dengan Malaysiakini enggan memberi respons kepada kenyataan-kenyataan pedas Akmal kerana dia tidak berada pada "level" yang sama.



Pemimpin tertinggi DAP itu berkata sebagai menteri dan pemimpin utama kerajaan, dia mempunyai tugas lebih penting seperti melaksanakan dasar kerajaan dan meningkatkan ekonomi.

Menulis di media sosial, Akmal menegaskan dia akan terus  lantang bersuara “mempertahankan agama bangsa agama bangsa dan tanah air”.

“Iya kamu memang berjawatan tinggi, tetapi kamu jangan ingat kamu boleh buat sesuka hati kamu,” katanya.

“Kami yang dianggap jawatan rendah inilah yang akan terus lantang bersuara mempertahankan agama bangsa dan tanah air ini tidak kira betapa besar jawatan yang kau ada wahai Anthony Loke Siew Fook.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 04:55 PM | Show all posts
mcmn agaknya kalau Dr Akmal ni jadi menteri nanti..
adakah akan kaduk naik junjung juga?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2024 04:55 PM | Show all posts
Pemimpin muda DAP balas 'serangan' Akmal bertalu-talu

https://www.malaysiakini.com/news/726627

Diterbitkan:  Nov 21, 2024 4:24 PM
Dikemaskini: 4:24 PM



Selepas pemimpin utama mereka dikritik oleh Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, beberapa pemimpin muda DAP tampil membalas dengan serangan bertalu-talu dalam beberapa kenyataan berasingan, hari ini.

Naib Ketua Pemuda DAP, Raja Ahmad Iskandar Fareez menyatakan rasa hairan apabila Akmal tersentap kerana Setiausaha Agung DAP Anthony Loke tidak membalas serangan-serangannya.

"Jelas sebenarnya Loke sebagai seorang menteri pengangkutan dan setiausaha agung DAP, dia perlu memberikan keutamaan kepada tugas-tugasnya dalam membangunkan negara berbanding terjerat dengan polemik yang bukan sahaja tidak memanfaatkan hidup rakyat malah mampu menganggu kestabilan politik yang sedang kita nikmati sekarang.

"Justeru, kepada saudara Akmal, apa niat sebenar saudara mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan? Adakah saudara benar-benar ikhlas ingin membela nama agama, bangsa dan negara?


Raja Ahmad Iskandar Fareez

"Atau saudara hanya ingin sibuk menagih perhatian dengan menyerang pemimpin-pemimpin utama negara? Tepuk dada tanya selera. Jadi saya khuatir, kalau pemimpin muda seperti Akmal hanya sibuk mengejar nama, jadi tugas untuk membina negara ini perlu diserahkan kepada siapa?" katanya dalam kenyataan kepada media.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Akmal menyifatkan Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban sebagai kaduk naik junjung selepas mendapat jawatan menteri.

“Baru ada pangkat, sombong!” kata Adun Merlimau itu. Kaduk naik junjung adalah peribahasa yang bermaksud orang yang hina apabila mendapat pangkat mengada-ngada.

Loke dalam podcast dengan Malaysiakini baru-baru ini enggan memberi respons kepada kenyataan-kenyataan pedas Akmal kerana menurutnya dia tidak berada pada "level" yang sama.

Setiausaha Pemuda DAP Lim Chun Weng pula menegaskan bahawa Loke sebagai menteri kabinet perlu lebihkan tumpuan kepada isu-isu rakyat dan bukan melayan publisiti politik murahan.

Dia turut menggesa Akmal untuk menumpukan perhatian kepada pembinaan negara dan hentikan serangan terhadap pemimpin dalam kerajaan perpaduan demi publisiti murahan.

Tegasnya, Akmal perlu bersikap rendah hati dan belajar daripada pemimpin senior serta memberi tumpuan kepada isu-isu yang mendatangkan manfaat dari segi ekonomi dan kesejahteraan rakyat, bukannya memainkan isu perkauman demi kepentingan sendiri.


Lim Chun Weng

“Sekiranya setiausaha agung DAP memberi respons kepada setiap kenyataan Akmal, ia ibarat tiada titik noktah, bertengkar tanpa kesudahan. Tambahan pula, Akmal sebagai seorang junior dalam politik perlu lebih rendah diri.

"Saya bersetuju bahawa sebagai menteri kabinet, Loke mempunyai tanggungjawab yang lebih penting. Fokus beliau adalah isu-isu berkaitan dengan kebajikan rakyat dan bukannya Akmal," jelasnya.

Tambahnya, di bawah kepimpinan Loke, Kementerian Pengangkutan melaksanakan beberapa dasar baru, seperti pas bulanan tanpa had pengangkutan awam My100 dan My50 selain dasar pendigitalan JPJ.

"Dasar-dasar ini dengan jelasnya telah memudahkan hidup rakyat. Saya ingin menegaskan bahawa melaksanakan dasar sebegini ini lebih membawa manfaat kepada rakyat dan negara berbanding membalas retorik kosong Akmal," kata Lim lagi.

Adun Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao dalam kenyataannya pula menegaskan betapa Loke fokus terhadap tugas utamanya dan bukan melayan sentimen perkauman.

Timbalan Setiausaha Publisiti Pemuda DAP itu berkata Akmal sebagai seorang pemimpin muda dalam kerajaan perpaduan perlu menghormati pemimpin tertinggi parti yang merupakan anggota kerajaan perpaduan.


Pang Sock Tao

"Saya dan rakan-rakan muda dalam DAP agak terkilan dengan sikap seorang pemimpin muda yang juga seorang exco kerajaan Melaka yang juga turut dianggotai wakil rakyat DAP mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan ke atas setiausaha Agung DAP.

"Untuk makluman saudara Akmal, sebagai seorang menteri pengangkutan dan pemimpin utama dalam kerajaan, Loke memikul tanggungjawab besar untuk melaksanakan dasar-dasar penting serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

"Tugas seorang pemimpin, tidak kira pada peringkat rendah, tinggi, apa sekalipun, adalah untuk menyatukan rakyat. Sekali gus tindakan Akmal memainkan isu perkauman dengan niat untuk memecahbelahkan kerajaan perpaduan dan menggugat kestabilan negara adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri sendiri," katanya.

Tambahnya, kestabilan politik dan sosial negara adalah elemen utama bagi memastikan keberkesanan usaha kerajaan Madani dalam memulihkan ekonomi serta membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia.

"Saya menyeru agar semua pihak, khususnya pemimpin muda, memberi fokus kepada agenda perpaduan nasional dan menghentikan permainan politik yang boleh merugikan rakyat serta negara," tegasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 04:58 PM | Show all posts
Rumah kau tak de cermin ke kemal.  Kau tu belum naik pangkat pun dah sombong, kalau ada pangkat entah2 kau jadi pak kaduk menang sorak kampung tergadai gitu iols bersastera.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Seekor barua yg memalukan melayu..

Antoni tu fokus buat keje dia as menteri la bodoh!..bukannya keje dia nak melayan ko dok melalak meroyan hari2!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
yg UMNO nak bercemolot dgn DAP...pastu bising buek apo??? Ko tak suka..tinggalkan 'comolotan() ni......#semogadipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2024 05:05 PM | Show all posts
akmal, u kena tgk house of card.... study frank tu, sama history dia cam uncle loke ni...mula2 pegang whip, pastu senang line nak naik....apa lahhh...bahan dah ada...study jahhh....then pollow....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 07:07 PM | Show all posts
Tahniah, MrMinisterLoke!  Tidak melatah dan tidak meroyan seperti siKemal!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Entoni makin gemok. Kenyang makan rasuah kot. Eh, silap. Type C bangsa yg suci. Mana ada ambik rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Org grad Russia mmg perangai pelik2 eh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni asal bukak mulut yg bodo² aje kuor dr mulut.
Kulur kilir sembang fight utk mulayu, utk isley tp attitude suropa............. (sila isi tempat kosong)
Sesekali cer ckp depan cermin cenggitu.
Embarrassing baq hg!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bercekaulah kauorang ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 09:23 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 21-11-2024 07:30 PM
Dia ni asal bukak mulut yg bodo² aje kuor dr mulut.
Kulur kilir sembang fight utk mulayu, utk isley ...

Puad tersenyum sinis... nampak sgt nak ganti KJ x sesabar
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 12:52 AM | Show all posts
Lantang bersuara tak bermakna dengan kebodohan sekali..bila opponent didnt react kau serang pulak personal dah serupa joyah mesyuarat tingkap..loser

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 01:39 AM | Show all posts
biasa lah politik msia...mana boleh org pandai sikit....masing2 jatuh, menjatuhkan. rela sabotage negara sendiri demi nak rebut political mileage...org buta hati yg masih kelam..at the end sama je semua. ada agenda sendiri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.832340 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list