CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7484|Reply: 0

[Sarawak] Agensi pelaksana digesa pastikan dana cukup bagi memuktamadkan pengambilan balik tanah

[Copy link]
Post time 21-11-2024 03:08 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah bersama Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh melihat teks ucapan penggulungan bagi kementerianya pada Persidangan DUN hari ini. -Gambar Chimon Upon

KUCHING: Semua agensi pelaksana Kerajaan Sarawak dan persekutuan digesa memastikan dana mencukupi disediakan dan disalurkan segera kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bagi tujuan memuktamadkan proses pengambilan balik tanah.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Datuk Amar Awang Tengah berkata, sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 1,449 projek memerlukan pengambilan balik tanah bagi projek yang pertapakannya telah diluluskan sejak 2018.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 657 projek telah diperuntukkan dengan dana berjumlah RM1.37 bilion dengan RM950.12 juta untuk 473 projek Kerajaan Sarawak dan RM420.84 juta bagi 184 projek kerajaan persekutuan.

“Oleh itu, JTS masih memerlukan dana sebanyak RM2.896 bilion untuk melaksanakan pengambilan balik tanah bagi 792 projek, dengan RM2.204 bilion bagi 667 projek Kerajaan Sarawak dan RM691.92 juta untuk 125 projek kerajaan persekutuan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Awang Tengah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, komitmen kerajaan untuk menyelesaikan pengambilan balik tanah dalam tempoh enam bulan adalah bergantung kepada penyaluran dan ketersediaan peruntukan dana daripada agensi pelaksana.

Projek mega seperti Second Trunk Road/Coastal Highway, Sarawak-Sabah Link Road (SSLR), Trans Borneo Highway dan Northern Coastal Highway (NCH) adalah antara projek utama yang melibatkan pengambilan balik tanah.

Bagi projek Second Trunk Road/Coastal Highway, katanya, Kerajaan Sarawak telah menyalurkan RM220 juta, membolehkan JTS menyelesaikan pengambilan tanah sepanjang 255.6 kilometer.

“Namun, bagi Trans Borneo Highway sepanjang 73.8 kilometer, dana sebanyak RM194.45 juta daripada kerajaan persekutuan diperlukan JTS untuk pengambilan balik tanah.

“Kegagalan penyaluran dana bagi pengambilan balik tanah tersebut telah menyebabkan kerja pembinaan jalan yang dijadualkan pada November 2024 tidak dapat dimulakan,” tegasnya.

Untuk projek SSLR pula, Awang Tengah berkata, dana sebanyak RM300 juta telah disalurkan kepada JTS dan pengambilan balik tanah sepanjang 122 kilometer ini dijangka selesai tahun ini manakala baki 275.5 kilometer akan diselesaikan menjelang 2025.

Bagi Northern Coastal Highway, RM20 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Sarawak kepada JTS telah menyelesaikan pengambilan balik tanah untuk jajaran jalan sepanjang enam kilometer pada penghujung tahun 2023.  

Namun, RM140 juta lagi diperlukan untuk menyelesaikan pengambilan balik tanah bagi baki jajaran jalan sepanjang 82.7 km,” katanya.

Selain itu ujarnya, sebanyak 1,172 tapak menara juga telah diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri (SPA) sejak tahun 2017 melibatkan menara SMART 600, JENDELA dan CLAWBACK dengan peruntukan diperlukan berjumlah RM14.2 juta, sebagai usaha untuk meluaskan jaringan telekomunikasi di seluruh Sarawak.

Sehingga 31 Oktober 2024, Awang Tengah berkata, peruntukan berjumlah RM11.4 juta telah disalurkan bagi pengambilan balik 449 tapak menara telekomunikasi yang telah diluluskan pertapakannya.  

“Sebanyak 244 tapak menara telah selesai pengambilan balik tanah yang melibatkan tanah seluas 13.93 hektar dengan jumlah kos keseluruhan pengambilan balik tanah sejumlah RM4.1 juta.

“Manakala pengambilan balik tanah bagi baki 205 tapak menara telekomunikasi disasarkan untuk diselesaikan pada tahun 2025,” katanya.

Beliau turut memberitahu, Jawatankuasa Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) telah meluluskan tapak bagi 215 struktur komersial dan 65 struktur 5G yang tidak memerlukan pengambilan balik tanah.

Bagi projek Sarawak Energy Berhad Transmission Line, sebanyak 35 projek melibatkan 3,131 hektar tanah dengan kos pengambilan balik tanah berjumlah RM351.4 juta.

“Daripada jumlah ini, 20 projek telah selesai pengambilannya melibatkan keluasan tanah 710 hektar dengan kos pampasan RM103.9 juta manakala baki 15 projek dijangka selesai pada 2025,” ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 2.099684 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list