CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13506|Reply: 0

[Sabah] Kenaikan harga tiket penerbangan domestik perlu ditangani

[Copy link]
Post time 20-11-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode


BAHAS: Masiung ketika dalam perbahasan Belanjawan Negeri 2025.

KOTA KINABALU: Kenaikan harga tiket penerbangan domestik perlu ditangani secara berhemah agar tidak membebankan rakyat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, baru-baru ini heboh isu kenaikan mendadak harga tiket penerbangan domestik diantara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Katanya, perbezaan harga tiket penerbangan adalah lebih mahal berbanding ke negara jiran seperti ke Jakarta, Manila dan Singapura.

"Saya difahamkan, pada akhir bulan Oktober yang lalu sahaja, penerbangan sehala Kelas Ekonomi diantara Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur adakalanya mencecah sehingga RM1,700.

"Sedangkan nilai harga tiket untuk laluan sehala antara Wilayah Borneo ke Jakarta, Manila dan Singapura boleh diperolehi dengan harga serendah antara RM550 hinggan RM700 sahaja," katanya ketika membahaskan Belanjawan Negeri 2025, di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata, keadaan menjadi lebih tenah apabila kenaikan harga tiket itu boleh menjejaskan industri pelancongan domestik, sekali gus menjejaskan hubungan integrasi nasional diantara rakyat Semenanjung dan rakyat ketiga-tiga Wilayah Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Labuan.

Masiung mencadangkan agar kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sepakat memperkenalkan inisiatif 'Tiket Rahmah' bagi penerbangan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.

"Jika sebelum ini kerajaan menawarkan 'Harga Rahmah' untuk produk bahan makanan kepada pengguna, maka kali ini kita syorkan supaya kerajaan mewujudkan harga 'Tiket Penerbangan Rahmah' bagi laluan domestik serendah yang mungkin mengikut kemampuan rakyat marhaen.

"Saya juga ingin menegaskan supaya kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) wajar menguatkuasakan Akta Kawalan Harga Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk mengambil tindakan tegas kepada syarikat-syarikat penerbangan tempatan yang sesuka hati menaikkan harga tiket penerbangan domestik, semata-mata hendak mengaut keuntungan berlebihan tanpa mengambil kira kos sara hidup rakyat," katanya.

Beliau berkata, KPDN dan Kementerian Pengangkutan Malaysia wajar sepakat menetapkan harga lantai tiket penerbangan domestik terutama kepada waktu puncak melibatkan musim cuti persekolahan, hari perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak.

Dalam pada itu, Masiung juga memohon kepada kerajaan negeri agar menyediakan bantuan kecemasan sebagai pampasan kepada pekebun sawit di kawasan luar bandar yang menanggung kerugian fizikal akibat serangan binatang liar seperti gajah liar serta kerosakan tanaman akibat bencana alam seperti banjir besar.

"Sehingga hari ini konflik haiwan liar dan manusia seperti gajah banyak merosakkan tanaman sawit milik penduduk terutama di kawasan saya di Tongod menyebabkan pekebun mengalami kerugian yang besar.

"Masalah ancaman kumpulan gajah liar ini bukan sahaja berlaku di Tongod, tetapi turut berlaku kepada pekebun sawit di Telupid, Kalabakan, Lahad Datu dan Kinabatangan.

"Pekebun terpaksa berputih mata akibat pencerobohan kumpulan gajah liar ini kerana untuk menembak atau membunuh haiwan itu adalah menjadi satu kesalahan besar di bawah Akta Pemuliharaan Hidpuan Liar 2010 dan Akta 716," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043251 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list