JAKARTA – Seorang lelaki di Aceh Tengah, wilayah Aceh menetak leher jirannya sehingga hampir putus gara-gara cemburu mangsa mengenyit mata kepada isterinya, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Kejadian berlaku pada Sabtu lalu sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan).
Dalam kejadian itu, pegawai pemerintah dikenali sebagai Ridwan, 52, menetak leher mangsa, Risdian, 50, di hadapan rumah mereka.
Mangsa ketika itu sedang menjemur biji kopi apabila dia didekati oleh isteri suspek.
Menurut seorang saksi, isteri suspek menegur mangsa dan berkata: “Mengapa awak mengenyit mata kepada saya?”
Pertanyaan itu mencetuskan kemarahan suspek yang difahamkan sudah lama berasa cemburu terhadap mangsa.
Dia dengan pantas mengambil sebilah parang lalu menyerang mangsa secara membuta tuli dengan menetak lehernya.
“Suspek menetak leher mangsa beberapa kali hingga hampir putus. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Aceh Tengah, Inspektor Deno Wahyudi.
Tambah Deno, motif pembunuhan adalah cemburu, manakala suspek telah diberkas. – AGENSI
Post time 19-11-2024 03:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lembamnya indon ni...kalau betul jantan tu kenyit mata kat bini ko yg semestinya hodoh tu tak pe la jugak...ni tah2 bini ko perasan sendiri. Ko masuk penjara yg bini hodoh ko tu cari batang lain...alah bodohnya
Post time 20-11-2024 12:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kiahlemau replied at 19-11-2024 03:37 PM
Lembamnya indon ni...kalau betul jantan tu kenyit mata kat bini ko yg semestinya hodoh tu tak pe la ...
Hahhaa kan uols. Bangang. Entah2 bini perasan. Mangsa tu mata masuk habuk. Dikata kenyit mata. Kalau kenyit mata pon so what? Bkn dia sentuh bini saspek. Untung bini saspek dpt lari dari laki gila. Dpt btg baru