CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22132|Reply: 0

[Sarawak] SPay Global kini ada ’Interoperable QR’ di bawah platform DuitNow oleh PayNet

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:20 PM | Show all posts |Read mode


Uggah (dua kiri) mewakili Abang Johari merasmikan Karnival Celik Kewangan Sarawak 2024 di Kuching, hari ini sambil disaksikan Abdul Rasheed (kiri) serta yang lain. - Gambar UKAS

KUCHING: Aplikasi e-dompet Sarawak, SPay Global melancarkan ciri baharunya iaitu kemudahan ’Interoperable QR’ di bawah platform DuitNow oleh PayNet.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan kemudahan ’Interoperable QR’ ia menyediakan perkhidmatan pemindahan dana tersedia 24/7 dengan dana dikreditkan serta-merta kepada penerima.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa SPay Global telah mengorak langkah yang lebih besar dengan menyediakan kemudahan ’Interoperable QR’ di bawah platform DuitNow oleh PayNet di mana perkhidmatan pemindahan dana tersedia 24/7 dengan dana dikreditkan serta-merta kepada penerima.

“Pada masa hadapan, SPay Global juga akan dilengkapi dengan kemudahan ’Cross Border QR’ di mana pelancong asing dari negara peserta seperti Indonesia dapat membuat pembayaran dengan aplikasi perbankan mudah alih dan e-dompet mereka dengan hanya mengimbas kod QR DuitNow semasa melawat Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada perasmian Karnival Celik Kewangan Sarawak 2024 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, sejak penubuhannya sehingga kini, SPay Global telah mencatat rekod transaksi sebanyak RM4.2 bilion, dengan seramai 770,000 pengguna dan 91,000 peniaga berdaftar.

“SPay Global (dahulunya dikenali sebagai SarawakPay), e-dompet telah menjadi platform utama untuk sektor perniagaan, kerajaan dan swasta di Sarawak,” ujarnya.

Abang Johari berkata, inisiatif tanpa tunai itu sangat baik untuk ekonomi wilayah Sarawak susulan status perkembangan ekonomi di Kepulauan Borneo terutamanya dengan pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Nusantara di Kalimantan.

Sementara itu kata beliau, bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam agenda ekonomi digital dan kewangan, Kerajaan Sarawak dengan kerjasama BNM dan institusi kewangan telah melancarkan perkhidmatan bank bergerak untuk kemudahan penduduk di kawasan luar bandar pada 2021.

“Setakat ini, lapan unit bank bergerak menyediakan perkhidmatan kewangan di 24 lokasi di kawasan luar bandar di Sarawak.

“Kerjasama ini diteruskan melalui inisiatif penyediaan Automated Teller Machine (ATM) atau Cash Recycling Machine (CRM) di pejabat daerah dan pejabat daerah kecil di kawasan luar bandar di Sarawak yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan kewangan,” ujar beliau.

Katanya, setakat ini 12 pejabat daerah dan daerah kecil di Sarawak telah dilengkapi dengan mesin ATM atau CRM menggunakan dana sumbangan Kerajaan Sarawak.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Sarawak berterima kasih kepada BNM, institusi kewangan dan rakan strategik yang bukan sahaja telah menerajui inisiatif penyediaan perkhidmatan kewangan yang inklusif tetapi juga inisiatif meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Katanya, sebagai contoh, Pasar Serikin, Sarawak kini menjadi pasar sempadan tanpa tunai yang pertama di Malaysia menerusi inisiatif BNM bersama PayNet, institusi kewangan dan Pejabat Daerah Bau.

“Sejak dilancarkan pada September 2023, pasar hujung minggu ini telah merekodkan jumlah tranksaksi bernilai lebih daripada RM1 juta.

“Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan ekonomi masyarakat setempat tetapi juga membantu meningkatkan kadar celik kewangan dalam kalangan komuniti luar bandar di Serikin dan ketersediaan mereka ke arah ekonomi digital,” katanya.

Selain itu, beliau memberitahu penggunaan e-Duit dalam transaksi perniagaan rentas sempadan memudahkan para peniaga mengembangkan lagi perniagaan mereka, terutamanya dengan adanya potensi baharu yang bakal diwujudkan oleh pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Serikin yang dijadualkan bermula pada suku awal 2025.

“Kempen e-Duit Desa yang turut dilaksanakan di kawasan lain di Sarawak seperti Marudi, Batu Niah, Daro dan Kabong telah membantu rakyat untuk lebih bersedia dalam peralihan ke arah ekonomi digital dan meningkatkan daya saing bagi mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.220414 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list