CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34489|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan Sabah beri RM300 sebulan kepada golongan miskin dalam Belanjawan 2025

[Copy link]
Post time 18-11-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Masidi merakamkan gambar kenangan bersama semasa pembentangan Belanjawan Sabah 2025.

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya, Kerajaan Sabah akan menyantuni golongan yang terkesan dalam kategori miskin dan miskin tegar yang sudah dikenal pasti melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan bantuan khas sebanyak RM300.00 sebulan selama setahun.

Menteri Kewangan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata, peruntukan berjumlah RM358.5 juta ini diharap dapat mengurangkan beban kewangan dalam tempoh tertentu sekaligus memberi ruang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dan mencari ikhtiar lain dalam menambah pendapatan.

Katanya, usaha itu juga bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi disebabkan pelarasan gaji kakitangan awam dan penetapan gaji minimum bagi sektor swasta yang mengakibatkan harga barangan meningkat secara mendadak.

“Keadaan ini akan memberi kesan khususnya kepada mereka yang bekerja sendiri seperti petani, nelayan, penjaja dan yang tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap.

“Dengan mengambil kira jumlah pendapatan yang diterima masih berada di tahap yang sama, kenaikan harga barangan ini secara langsung akan membebankan kehidupan, bantuan ini diharap dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Jumaat.

Masidi berkata, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya dalam teras inisiatif utama Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat menggariskan mengenai inisiatif pembasmian kemiskinan sebagai salah satu usaha ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Sebagai usaha berterusan Kerajaan Sabah memastikan golongan miskin ini tidak ketinggalan dari arus perdana pembangunan, baik dari segi taraf hidup dan kebajikan mahupun ekonomi, Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM488.5 juta untuk melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan.

“Sebanyak RM250 juta iaitu peningkatan seratus peratus peruntukan bagi pembinaan sebanyak 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya di semua 73 kawasan DUN.

“Bantuan one-off sebanyak RM5,000 yang buat pertama kalinya disediakan oleh Kerajaan Sabah sebagai tanda keprihatinan kepada peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah.

“RM214 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja di bawah peruntukan khas dan projek pembangunan kecil bagi pembinaan serta penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam di seluruh Sabah,” katanya.

Tambahnya, RM19.5 juta juga akan diperuntukkan untuk Program Pembangunan Kecil, Program Penyediaan Kemudahan dan pembaikan kawasan MESEJ, Program Ameniti dan Ekonomi Desa, Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif, Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif dan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056916 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list