View: 19533|Reply: 6
|
[Tempatan]
Dua sahabat bertarung nyawa selamatkan mangsa lemas terima anugerah
[Copy link]
|
|
Oleh RoselanAb Malek - November 14, 2024 @ 10:35am
[email protected]
Mohammad Akiff (kiri) dan Muhammad Hakim menerima penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini. - Foto NSTP/Roselan Ab Malek
TEMERLOH: "Saya hampir kehabisan tenaga dan letih bergelut dengan mangsa dalam sungai kerana dia tak mahu diselamatkan," kata Mohammad Akiff Sulainam, 32, ketika mengimbau kejadian menyelamatkan seorang lelaki yang hampir lemas di Kampung Sungai Tekal, dekat sini, Mei lalu.
Bagaimanapun, pengusaha sangkar patin itu berkata dia tidak berputus asa dan terus berusaha menenangkan mangsa tanpa mengira risiko dihadapi.
Kejadian kira kira jam 4 petang itu turut disaksikan sahabatnya, Muhammad Hakim Mazlan, 36, yang ketika itu sedang memancing di atas bot.
Mereka nekad menyelamatkan mangsa walaupun sedar berdepan risiko menghadapi arus deras Sungai Pahang.
"Mangsa lemas macam nak bunuh diri. Hakim sedang memancing. Saya pula dekat atas tebing dekat dengan sangkar ikan saya.
"Lelaki itu dilihat terjatuh di tengah sungai dari perahunya... masa jatuh tu dia masih boleh berenang tapi sampai dekat arus laju, dia tenggelam timbul," kata Mohammad Akif.
Menurutnya, Muhammad Hakim bertindak pantas dengan terus menuju ke arah mangsa dengan bot dan menyambar mangsa yang dilihat tenggelam timbul ketika itu.
"Selepas itu saya berenang menghampiri mangsa dari tebing untuk selamatkan dia. Ketika itu tak fikir apa-apa. Apabila main dengan nyawa kita kenalah tolong sesama kita," katanya menjelaskan mereka terpaksa mengambil masa lebih sejam kerana mangsa meronta enggan diselamatkan dan mahu terjun semula ke sungai.
"Saya suruh mangsa pegang bot, namun dia tak mahu... kami bergelut dengan dia di dalam air sebab hilang kawalan.
"Ketika itu tiada cara lain dan kami ikat mangsa sebab ketika dibawa naik ke atas bot, dia nak terjun balik dalam sungai. Kami cuba sedaya upaya selamatkan mangsa yang berbadan agak besar," katanya.
Muhammad Hakim yang juga pengusaha bengkel berkata, ketika kejadian, dia tidak memikirkan risiko, sebaliknya nekad menyelamatkan mangsa.
Katanya, itu pengalaman pertamanya berdepan insiden lemas ketika arus sungai sangat menakutkan.
"Tetapi masa itu fikiran saya hanya memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan mangsa," katanya.
Mereka ditemui selepas menerima anugerah penghargaan daripada Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan pada majlis Perhimpunan Bulanan November Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini.
Mazlan menyifatkan pengorbanan dan keberanian dua sahabat itu luar biasa dalam membantu polis melakukan kerja-kerja menyelamat masyarakat.
"Saya berterima kasih kepada masyarakat terutamanya nelayan sungai di Temerloh, mereka aktif bekerjasama dengan pihak polis selaras konsep masyarakat dan polis berpisah tiada," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ape agknya kesah lelaki yg diselamatkan tu
bersyukur dpt peluang ke 2?
atau sumpah seranah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mnyusahkan org btul..lain kali terjun bangunan je la |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 14-11-2024 01:55 PM
ape agknya kesah lelaki yg diselamatkan tu
bersyukur dpt peluang ke 2?
atau sumpah seranah?
"Saya hampir kehabisan tenaga dan letih bergelut dengan mangsa dalam sungai kerana dia tak mahu diselamatkan," kata Mohammad Akiff Sulainam, 32
sabo jelah
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak tak suka ikan patin temerloh, hanyir |
|
|
|
|
|
|
|
hrp org yg diselamatkan tu takde cari idea lain utk bunuh diri lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
syukur...depa x apa2 dlm misi 'menyelamatkan orang yg tak nak diselamatkan'. |
|
|
|
|
|
|
| |
|