CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28174|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak menetapkan matlamat tingkat kapasiti penjanaan tenaga diperbaharui kepada 15GW

[Copy link]
Post time 13-11-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak menetapkan matlamat untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga diperbaharui empat kali ganda kepada 15 gigawatt (GW) menjelang 2035.

Nikkei Asia melaporkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar) sebagai berkata, ini penting bagi mengukuhkan peranan utamanya dalam sektor pengeluaran tenaga diperbaharui di Asia Tenggara.

Beliau berkata demikian semasa ditemu bual oleh Nikkei Asia semasa lawatan kerja ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu bagi menghadiri Persidangan dan Pameran Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2024 baru-baru ini.

Abang Johari berkata dasar itu sebahagian daripada komitmennya untuk memanfaatkan sumber asli dan dasar-dasar strategik bagi memacu pertumbuhan serantau.

"Kami (Sarawak) memerlukan dasar jangka panjang sehingga 2035, walaupun keperluan domestik kami jauh lebih sedikit.

"Lebihan ini boleh dikongsi dengan rakan kongsi kami dan menjelang 2035, kami berharap dapat meningkatkan pengeluaran sehingga 15GW, mewujudkan campuran kuasa yang betul untuk jiran kami," katanya.

Ketika ini kapasiti penjanaan tenaga Sarawak adalah 5.7GW, 62 peratus disediakan daripada kuasa hidro menerusi Empangan Hidro Elektrik Batang Ai, Bakun dan Murum.

Gas menyumbang 21 peratus, arang 16 peratus, diesel satu peratus manakala tenaga alternatif seperti biojisim, hibrid solar dan loji empangan hidro mikro menyumbang kurang daripada satu peratus.

Menteri utiliti dan telekomunikasi negeri berkata pada Mei bahawa permintaan tenaga di negeri ini mencapai 4.7GW atau 80 peratus daripada kapasitinya.

Permintaan dijangka meningkat kepada 6.7GW menjelang 2030, yang juga mendorong langkah untuk melabur dalam generasi selanjutnya.

Empangan Baleh, dengan kapasiti 1.3GW, sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi menjelang 2027, memberikan peningkatan besar seterusnya dalam kapasiti.

Majalah berita mingguan Asia itu juga memetik Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi sebagai berkata pada Mei permintaan tenaga di negeri ini mencapai 4.7GW atau 80 peratus daripada kapasitinya.

Permintaan dijangka meningkat kepada 6.7GW menjelang 2030, yang juga mendorong langkah untuk melabur dalam generasi selanjutnya.

Empangan Baleh, dengan kapasiti 1.3GW, sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi menjelang 2027, memberikan peningkatan besar seterusnya dalam kapasiti.

"Kami telah memanfaatkan kelebihan tropika dengan sungai yang banyak," kata Abang Johari sambil menambah, lebihan tenaga bersih Sarawak dikongsi melalui Grid Borneo dengan Indonesia dan Brunei.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Danial Rahman memberitahu Nikkei Asia, sasaran 15GW adalah bercita-cita tinggi tetapi ‘sangat mungkin’ untuk dicapai.

Danial menyatakan permintaan serantau yang semakin meningkat bermakna perlu ada banyak pelanggan untuk kuasa berlebihannya.

"[Bagaimanapun] Sarawak perlu memerhatikan akses tenaga tempatan kerana beberapa kawasan masih menghadapi cabaran kestabilan elektrik dan hidro mempunyai kesan buruk kepada alam sekitar dan masyarakat setempat," katanya.

Danial menambah, cabaran utama ialah sama ada Sarawak akan dapat memupuk bakat yang betul dan menarik pelaburan yang mencukupi untuk mencapai cita-cita ini.

Sarawak sedang dalam perbincangan untuk membekalkan sehingga 1GW tenaga diperbaharui kepada Singapura menjelang 2031.

Projek itu, yang melibatkan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Sembcorp Industries Singapura, termasuk kabel voltan tinggi bawah laut sepanjang 700 kilometer, dengan Singapura mengendalikan pembinaan selama enam hingga tujuh tahun.

Pembiayaan sedang dalam rundingan, dengan Keppel Corporation menyatakan minat terhadap projek tersebut.

Sarawak juga menyasarkan bekalan kuasa ke Johor, dipacu oleh pertumbuhan industri dan permintaan pusat data.

"Terdapat zon bersama antara Johor dan Singapura dan mereka telah terlibat dengan kami mengenai bekalan kuasa," kata Abang Johari ambil menekankan potensi peranan Sarawak dalam rangkaian tenaga Malaysia.

Perkongsian Sarawak termasuk kerjasama dengan Masdar Abu Dhabi untuk membangunkan panel solar terapung yang mampu menghasilkan sehingga 1GW. Projek ini, bersama-sama dengan inisiatif lain, meletakkan Sarawak untuk memenuhi permintaan tenaga dan menyumbang kepada mitigasi perubahan iklim.

Masdar, dikenali sebagai Syarikat Tenaga Masa Depan Abu Dhabi, ialah firma tenaga diperbaharui terkemuka yang mengkhusus dalam projek solar, angin dan hidrogen hijau.

Di Sarawak, Masdar bekerjasama dengan SEB dan Gentari, anak syarikat PETRONAS untuk meneroka kemungkinan memasang projek solar terapung di Loji Empangan Hidroelektrik Murum, menyasarkan sehingga 1 GW.

"Kemungkinan menghasilkan 1GW daripada solar terapung kami akan menjadi satu kejayaan, kerana projek sekarang, terbesar di China menghasilkan kira-kira 320 megawatt," kata Abang Johari.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.150803 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list