CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42080|Reply: 0

[Johor] Kompleks Kastam Forest City dilengkapi teknologi moden

[Copy link]
Post time 10-11-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode

ONN Hafiz (kanan) melihat mesin pengimbas bagasi pada majlis perasmian Kompleks Kastam Diraja Malaysia Forest City. FOTO Iskandar Ishak

Gelang Patah: Kompleks pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang baharu di Forest City, di sini, dilengkapi dengan teknologi moden bertaraf antarabangsa seiring keperluan sebagai zon bebas cukai.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelaksanaan fasa pertama zon bebas cukai di Forest City akan bermula 15 November ini, manakala fasa kedua dijangka bermula pada suku pertama tahun depan.

Menurutnya, penempatan kompleks kastam itu sebahagian daripada persediaan agenda bagi menjayakan peranan Forest City sebagai Zon Kewangan Khas (SFZ).

"Kompleks kastam tersebut merupakan antara yang tercanggih dalam negara bagi memastikan kelancaran pergerakan keluar masuk ke pulau satu Forest City.

"Ini adalah momentum yang kita hendak teruskan untuk Johor. Semasa pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri baru-baru ini, daripada 10 permohonan, kita buat lapan daripadanya diluluskan.

"Pada bulan depan dijangka Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan ke Forest City untuk mengumumkan pakej dan insentif untuk SFZ,"
katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Kompleks Kastam Diraja Malaysia Forest City, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JKDM Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin serta Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) Datuk Md. Othman Yusof dan Pengarah Eksekutif CGPV Datuk Daing A Malek.

Sementara itu, Anis Rizana berkata, fasiliti berkenaan adalah yang pertama di negara ini, dilengkapi dengan mesin pengimbas canggih sekali gus memastikan operasi pemeriksaan serta penguatkuasaan diperkemaskan.

Menurutnya, usaha berkenaan menjadi projek rintis bagi menoktahkan jenayah penyeludupan dan penyelewengan.

"Pendekatan itu diharapkan dapat meningkatkan keselamatan dan integriti sistem pengawasan serta memastikan aliran perdagangan lebih lancar dan teratur di negara ini.

"Kompleks ini juga ada 'command centre', pejabat pelabuhan, teknologi pengimbas muka dan teknologi terkini," katanya.

Forest City diwartakan sebagai pulau bebas cukai pada September lalu sekali gus pulau bebas cukai kelima di negara ini, namun yang pertama boleh diakses menggunakan kenderaan darat.


Disiarkan pada: November 10, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.598847 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list