View: 45170|Reply: 2
|
Kem baharu TDM bakal dibina di Desa Kencana, Lahad Datu
[Copy link]
|
|
TAWAU: Sebuah kem Tentera Darat Malaysia (TDM) yang baharu akan dibina di Desa Kencana, FELDA Sahabat dekat Lahad Datu, membabitkan kos sebanyak RM585 juta.
Panglima 13 Briged, Brigadier Jeneral Hashim Osman, berkata pembinaan kem baharu itu dijangka mengambil masa selama 42 bulan untuk disiapkan sepenuhnya menjelang akhir November 2027.
Apabila siap kelak, beliau berkata, Kem Desa Kencana itu bakal menempatkan satu Batalion Infantri bersama kompani-kompani komposit yang ketika ini masih berada di Kem Cendrawasih, Lahad Datu.
"Kem baharu itu juga akan merangkumi kemudahan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), sekali gus dijangka dapat mengatasi isu kekurangan kemudahan kediaman dalam kalangan anggota yang ketika ini terpaksa dikongsi bersama pasukan-pasukan lain.
"Selain itu, ada dalam kalangan anggota yang terpaksa menyewa rumah pada kadar sangat mahal, khasnya di daerah Tawau dan Lahad Datu," katanya kepada media pada Perbarisan Hari Ulang Tahun 13 Briged yang ke-5, di Padang Kawad Kem Kukusan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hashim memaklumkan bagi mengatasi isu sewa rumah yang mahal, TDM telah meluluskan sewaan secara berkelompok bagi fasa pertama, manakala fasa kedua yang membabitkan sebanyak 190 rumah masih menunggu kelulusan Kementerian Pertahanan.
Dalam pada itu, katanya, TDM juga sedang dalam usaha memenuhi perjawatan yang ketika ini pada kadar 76 peratus, dan pengambilan anggota baharu diharap dapat memperkuatkan keanggotaan 13 Briged.
"Selain anggota tetap, TDM juga memfokus untuk meningkatkan keanggotaan dan latihan kepada anggota sukarela sebagai barisan kedua pertahanan negara.
"Begitu juga dalam 13 Briged, kita ada Rejimen 516 Askar Wataniah sebagai barisan kedua dalam angkatan tetap, dan berharap lebih ramai anak muda Sabah akan menyertai Pasukan Sukarela," katanya.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
datangmu disambut dengan peluru senapang
kalau ragu janganlah menyeberang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik I ol sojar kat negara I ol ni kalau nak buat apa-apa, nak bina apa-apa, nak beli senjata semedang announce kat media. |
|
|
|
|
|
|
| |
|