CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56950|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kerajaan negeri perlu naik taraf infrastruktur gerai makan, warung, ramai rakyat suka makan di situ' - PM

[Copy link]
Post time 2-11-2024 01:31 PM | Show all posts |Read mode
'Kerajaan negeri perlu naik taraf infrastruktur gerai makan, warung, ramai rakyat suka makan di situ' - PM

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 2, 2024 @ 12:57pm[email protected]




Anwar meninjau reruai penjaja dan peniaga sempena Majlis Perasmian Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2024 (HPPK2024) di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena. NSTP/DANIAL SAAD





BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua kerajaan negeri memberi perhatian dengan menaik taraf infrastruktur termasuk mencantikkan gerai makanan dan warung bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Perdana Menteri berkata, ia susulan kira-kira 80 peratus rakyat di negara ini didapati memilih makan di premis berkenaan yang menawarkan harga lebih berpatutan.

Katanya, perkara itu dikesan apabila beliau sendiri turun ke warung dan gerai makanan sebelum menunaikan solat Jumaat termasuk ketika mengadakan lawatan kerja di negeri Semenanjung.

" Lihat (daripada) pengalaman saya setiap Jumaat (sebelum solat), saya akan pergi ke gerai, warung atau restoran kecil untuk makan dulu.

"Saya dapati lebih banyak rakyat makan di situ (gerai, warung dan restoran kecil) ketimbang (berbanding) restoran besar.

"Restoran lima bintang itu ada, tetapi ia bagi siapa yang ada duit (kemampuan). Jadi, (warung dan gerai) kena beri perhatian sebab ada saja aduan yang saya dapat daripada peniaga memaklumkan bumbung bocor, lantai tak bagus dan sebagainya," katanya berucap pada Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen PICCA, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Anwar mengumumkan peruntukan khas RM250,000 bagi penganjuran program berkenaan.

Pada pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi membina gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Peruntukan itu termasuk bagi menyediakan ruang niaga kepada penjaja kecil Tamu Desa Sabah dan Sarawak, dan menaik taraf kemudahan perniagaan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau sebelum ini sudah meminta DBKL menitikberatkan kebersihan dan mengambil langkah mencantikkan warung serta gerai berbanding membina bangunan mercu tanda yang hebat.

"Saya juga sudah cadangkan kepada semua kerajaan negeri, pembangunan di kota seperti gedung besar atau hotel, biarlah swasta yang buat.

"Jadi, kerajaan kena tumpu pembinaan gedung kecil seperti warung dan gerai. Tak malukah kita apabila pergi ke warung yang seperti nak roboh, lampu tidak menyala, tandas kotor dan busuk," katanya.

Perdana Menteri berkata, langkah membaik pulih infrastruktur itu penting bukan saja untuk keselesaan pengunjung, tetapi juga membantu peniaga dan penjaja kecil memajukan perniagaan mereka.

"Bila warung dan gerai bersih baru terkenal (dikenali pengunjung dan pelancong) yang ini boleh bantu penjaja dan peniaga kecil.

"Jadi, gesaan saya semua yang di atas perlu turun ke bawah dan bantu dengan lihat apa keperluan diperlukan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1318819/kerajaan-negeri-perlu-naik-taraf-infrastruktur-gerai-makan-warung





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.145862 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list