CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23151|Reply: 0

[Sarawak] Tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik perniagaan pasang struktur haram di laluan kaki lima kedai

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:55 PM | Show all posts |Read mode


Gambar Utusan Borneo

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik perniagaan yang memasang struktur haram di laluan kaki lima kedai yang boleh menghalang laluan dan mengancam keselamatan awam.
   
Datuk Bandar Adam Yii (gambar) menegaskan pihak MBM amat komited terhadap aspek keselamatan dan kesejahteraan orang awam.
   
"Oleh itu, pendirian kami terhadap perkara ini adalah tegas dengan menekankan keperluan untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
   
"Pada 2023, sebanyak 24 kes struktur haram di kaki lima telah direkodkan ke Bahagian Kejuruteraan MBM dan daripada jumlah itu, 12 kes telah dikeluarkan notis, tiga kes selesai dan sembilan lagi sedang dalam siasatan.
   
"Manakala sehingga Oktober tahun ini, lapan kes dilaporkan dengan enam notis dikeluarkan, satu kes selesai dan satu lagi kes sedang dalam siasatan," katanya.
   
Sehubungan itu, Adam mengingatkan semua penduduk dan pemilik perniagaan bahawa pembinaan di kawasan awam mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar tidak menjejaskan keselamatan serta aksesibiliti awam.
   
Selain itu menurut beliau, pihaknya turut mengesan beberapa struktur haram yang dipasang/bina di kawasan tanah kerajaan, rizab jalan dan lot parkir dalam kawasannya.
   
"Kami komited menjaga integriti ruang awam dan akan mengambil tindakan tegas termasuk perobohan segera struktur haram serta mengenakan denda kepada pesalah," tegas beliau lanjut.
   
Beliau memberitahu pada tahun lepas, sebanyak enam kes struktur haram di tanah awam dilaporkan dengan tiga notis dikeluarkan, satu kes telah selesai dan dua lagi sedang dalam siasatan.
   
Manakala untuk tahun ini katanya, belum ada sebarang kes seumpamanya dilaporkan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.323723 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list