CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23291|Reply: 0

[Sarawak] Perlindungan keselamatan sosial penting bagi golongan suri rumah

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:49 PM | Show all posts |Read mode


Noriha (dua kiri) menyerahkan SKSSR kepada seorang penerima sambil disaksikan Iskandar dan Pengurus PERKESO Bintulu Fenny Lim (kiri). - Gambar Facebook Iskandar Turkee

BINTULU: Penyediaan kemudahan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah penting dalam melindungi mereka daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Justeru, seramai 20 suri rumah dari kawasan Jepak menerima tajaan caruman daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee iaitu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Pelaksanaan skim itu telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2022 dan diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Iskandar berkata, penerima bantuan ini telah dipilih oleh Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak Noriha Ali.

Katanya, SKSSR ini diharap akan membantu dari segi jaminan keselamatan kepada golongan suri rumah di Jepak khasnya apabila memerlukan bantuan perubatan, pemulihan ataupun sokongan kewangan sekiranya ditimpa bencana domestik dan keilatan.

"Skim ini melambangkan komitmen kerajaan dalam menyediakan perlindungan keselamatan sosial buat semua lapisan masyarakat termasuk suri rumah yang turut menyumbang kepada kestabilan komuniti," katanya semasa menyaksikan majlis penyampaian bantuan tajaan SKSSR tersebut di Pusat Khidmat Rakyat N.67 Jepak pada Rabu.

Beliau berharap lebih banyak inisiatif seumpamanya diadakan serta diteruskan untuk rakyat di kawasan Jepak pada masa akan datang.

Sementara itu Noriha berkata, penerima tajaan itu adalah penduduk asal Kampung Jepak yang telah dipilih melalui ranting PBB di kawasan DUN Jepak.

Pada masa sama penerima bantuan menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada Iskandar atas tajaan SKSSR itu yang disifatkan sangat membantu dan menandakan pengiktirafan kepada suri rumah yang memerlukan dalam mengurus rumah tangga dan komuniti keseluruhannya.

Menurut laman sesawang PERKESO, caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut perlu dibayar terlebih dahulu dengan caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.

Prinsip 'once in, always in' akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.

Suri rumah yang ditaja pula hendaklah daripada kalangan B40 yang memenuhi syarat kelayakan yang dilulus oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), memenuhi kelayakan sebagai suri rumah dan warganegara Malaysia.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.059967 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list