CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63298|Reply: 9

[Tempatan] Pengibaran bendera China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan: 'Cukup-cukuplah buat, minta maaf' - Pemuda UMNO

[Copy link]
Post time 25-10-2024 06:30 PM | Show all posts |Read mode
'Cukup-cukuplah buat, minta maaf' - Pemuda Umno
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ta-maaf-pemuda-umno

Amir Mamat
[email protected]

Disiarkan pada: Oktober 25, 2024 @ 4:36pm


Dr Muhamad Akmal Saleh

Melaka: Pemuda Umno mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera ke atas insiden pengibaran bendera China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan, di sini, malam semalam.

Ketuanya Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ini kerana insiden berkenaan jelas mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menurutnya, pihaknya sudah mengarahkan Pemuda Umno di Perak membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan segera diambil kepada penganjur perhimpunan berkenaan.

"Buat perarakan di tempat awam, sudahlah tiada permit (berhimpun), kibar pula bendera China. Tiada satu pun bendera Malaysia.

"Sebelum ini sudah berlaku dalam sekolah (kehadiran tentera laut China), hari ini bawa bendera China berarak di luar pula (sehingga) Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong selaku penganjur perarakan itu meminta maaf.

"Cukup-cukuplah minta maaf dan hari ini, saya mengarahkan seluruh Pemuda Umno di Perak untuk membuat laporan polis dan menjalankan siasatan serta mengenakan hukum keras kepada mereka," katanya menerusi video yang dimuat naik di laman sosialnya, hari ini.

Katanya, pihaknya turut meminta kerajaan memandang serius insiden berkenaan dan mengambil tindakan tegas sebagai peringatan kepada semua pihak supaya menjaga sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

"Tolonglah, jangan sudah buat kemudian minta maaf, orang dah muak dan bosan. Cukup-cukuplah asyik kita saja yang bersabar," katanya.

Terdahulu, media melaporkan beberapa pihak termasuk parti politik menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden tular bendera China dikibarkan di Menara Condong Teluk Intan.

Perkara itu didakwa menyalahi Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Susulan itu, Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua yang juga penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia, memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
X pyh siasat la akmal oi...embee perak ckp menda tu salah pun.....yg salah klau ko pakai cosplay bawak pedang mainan jerr
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 01:22 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 26-10-2024 01:27 AM

Mengapa masih saja diributkan ... bukankah bendera China hanyalah sebagai bentuk kecintaannya kepada negara leluhur  sekaligus juga sebagai ungkapan  kecewa  karena selama ini diperlakukan sebagai "second class citizen"  atau "sampah"  di Malaysia padahal  mereka telah berperan besar mengangkat kehormatan Malaysia di mata dunia.....
  
Ternyata Mahawangsa Melayu dipandang rendah oleh Mahawangsa China ... Hehehehe





Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 01:28 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 27-10-2024 10:06 AM

Woow... Semakin kacau balau ...sama-sama gak waras ...
Mungkin lebih baik mereka disuruh "civil war"  antara China dan Melayu agar "konflik"  ini cepat selesai walaupun nanti akan banyak nyawa keduabelah pihak hilang ......Hehehehe

betapaun


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila bangnon naik itu pun x faham2 lagi...wakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Issue bendera ini memang tidak boleh buat apa akmal... Selagi country policy allow flag negara lain boleh di kibar di malaysia... Apa pun narratives boleh di tunggang...kecuali isreal flag di anggap ancaman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekutu ko gak..

Biarkan jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitula kami..buat,minta maaf,buat,minta maaf,buat,minta maaf.....jangan lupa undi kami mana2 prk,pru...menang..kami ulang lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2024 10:22 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 27-10-2024 10:26 PM

Betul-betul menarik ......Video ini ditamatkan dengan seruan ... Jadilah  bangsa melayu yang dihormati agar X lagi dipandang rendah dan hina oleh bangsa cina ...
Betul tragik jadinya ..... Bagaimana mungkin bangsa melayu mahawangsa yang klaim dirinya bangsa maga besar .. Penguasa seluruh Alam Melayu  dan Pengasas Tamadun Melayu  malahan dipandang HINA dan RENDAH oleh Bangsa China di negara Malaysia sendiri ....Hehehehe





Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajin betul dia ni merempan bab2 cina ni
Cmne la dia jumpa cina2 kt tmpt dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049342 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list