CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40833|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis siasat video upacara keagamaan di tokong berlatar belakang bunyi selawat

[Copy link]
Post time 17-9-2024 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Polis siasat video upacara keagamaan di tokong berlatar belakang bunyi selawat


Nur Izzati Mohamad[email protected]







HAMZAH, gambar fail. FOTO NSTP





Butterworth: Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang individu memuat naik video di aplikasi TikTok menggunakan runut bunyi berselawat yang memaparkan upacara keagamaan di sebuah tokong di Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis mengesan video berdurasi 20 saat berkenaan dimuat naik di aplikasi Tiktok oleh penama 'AhChong60' pada 11.30 pagi hari ini.

"Video itu memaparkan upacara di dalam sebuah tokong yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat Nabi.

"Berikutan itu, kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibuka bagi menyiasat kes berkenaan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Berdasarkan semakan di TikTok, video tular berdurasi 20 saat itu sudah diturunkan daripada aplikasi berkenaan.



Disiarkan pada: September 17, 2024 @ 6:39pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1134935/polis-siasat-video-upacara-keagamaan-di-tokong-berlatar-belakang-bunyi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034754 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list